Tuesday, March 27, 2007

Cinta Abadi


Assalamualaikum..dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..dengan memahami jenis kisah cinta kita,happy ending bukan sekadar mimpi…nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom..



1. CINTA PERTAMA

Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO,pandai2 la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya ygterbaik..



2. CINTA PEMBIMBING

Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasanganyg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasanganyg juga blh menjadi ‘guru’, seorang yg blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat@ diri kita.



3. CINTA MENGGODA

Seseorg yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.



4. CINTA BERBEZA STATUSHal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…



5. CINTA 3 SEGI

Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis.



6. CINTA SI PENYELAMAT

Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so,berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!



7. CINTA DAN USAHA

Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan…



Apa yg pasti…cinta yg Agung itulah yg kekal abadi…kasih manusia sering bermusim…sayang manusia tiada abadi…Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..wassalam...

Tuesday, March 20, 2007

Hehe..idea dapat pas tengok blog kak dhia..hermm walaupun x di jemput untuk membela tapi rasa cambest jer...nih kisah benar tau..berlaku sekitar tahun 1998..kucing nie nama nyer puteh...asal kucing nih mizu jumpa dalam longkang besau..sian dier..ingat manusia jer kena buang dalam longkang..kucing pun ada gak rupanyer kan..mizu ambik sebab sian kat dia..kalau biarkan mesti dia mati..dia mesti x bleh selamatkan dirinyer..huhu...ermm masa memula ambik dier..sadis jer keadaan nyer...sian bangat.masa nak bagi nama tak tau nak bagi nama apa..keadaan dia masa tuh amat la comot...pas pikir2 taruk jer nama puteh..semoga pas nih dia pasti terus puteh..puteh berbulu putih keseluruhan...tuh yang best tuh...

Puteh nih lincah...suka panjat2..suma tempat dia panjat..pokok kelapa pun di panjat..mizu suka tgk gelagat kucing....puteh memang best..then ada la satu pagi tuh..mizu lepaskan dia main kat luar umah..tah camner tah tetiba dia g melintas tanpa melihat kiri dan kanan...ingat yer adik adik..lihat kiri lihat kanan lihat kiri..jom melintas..jangan jadi macam puteh..main lintas jer..n the same time ada sebuah satria ngan girangnyer meluncur laju..uikssss!!puteh!!depan mata mizu puteh d lenyek...iksss!! hari tue merupakan hari yang sedih bangat...satria tuh belalu selamba tanpa rasa bersalah..mizu pergi la segera dapatkan puteh...puteh masih bernya!syukur...tapi dari raut wajah puteh terselah puteh menahan sakit...bahagian pinggang kebawah cam da x berfungsi..mizu sebak sgt..air mata cam nak keluar..tapi mizu tahan..mizu cuba sedaya upaya sembuh kan puteh..ada gak bawak g klinik haiwan..doc tue kata x leh selamatkan..sakit hati rasanya...tau la puteh tue kucing kurap jer..doc tuh mmg prajudis tul..mizu tgk kalo kucing parsi dia layan plak.geram tul..pas tuh mizu bawak puteh balik rumah..sian putih...dia dah x lincah dah..nak jalan pun mengesot gesot..pas seminggu puteh kena langgar..puteh pun meninggal dunia..masa tuh sedih sangat..mizu tanam putih depan rumah..siap tanda kayu sebagai kawasan perkuburan puteh..


Lepas kejadian tuh mizu dah tak minat nak bela pets..sedih la kalo pets tue mati..tapi tetiba cam rasa nak bela..bila tengok ikan kak dhia..rasa nak bela puteh balik..bela kat sini kompem puteh tak kena langgar.hehe.nak bagi makan pun senang.puteh kat dalam nih pun lincah gak..dan yang paling best..puteh tak keluarkan bahanterbuang.hehe..mudahnya bela puteh..puteh di sini pastih abadi...kenangan bersama puteh kembali berbunga...haha..thanks kak DHIA!!



qariah modern


ermmm.....korang komen la sendiri yer...aku rasa kesal jer tgk pic nih...islam hadhari ker suma nih??

Monday, March 19, 2007

Penjelasan Terbaik...

Satu penjelasan terbaik kenapa Allah memberi kesakitan dan penderitaan seperti yang telah kita lihat sekarang;

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambutnya..apa bila barber itu mulakan tugasnya,mereka pun berborak berbagai perkara.

Tapi bila mereka berborak mengenai ALLAH,barber itu pun berkata "saya tak percaya ALLAH itu wujud"

Lelaki itu jelas tersentak dengan kata-kata barber itu lantas berkata "kenapa kamu berkat begitu"

"Cuba kamu keluar di tengah jalan dan tunjukkan pada saya bahawa ALLAH itu wujud.kalau betul ALLAH wujud,dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ini.saya tak dapat bayangkan ALLAH yang maha penyayang boleh benarkan semua ini berlaku".

Si lalaki itu pun berfikir sejenak.tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu mememulakan pertengkaran.selepas barber itu menghabiskan tugasnya,si lelaki itu pun beredar.

Selepas beberapa langkah, si lelaki itu ternampak seorang lelaki berambut panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus. si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai barber tadi dan berkata,"kamu tahu tak yang barber itu jugak tidak wujud"

"kenapa kamu berkat bergitu sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi"kata barber.

"tidak!!" kata si lelaki tadi."kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yang rambut panjang tidak terurus dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu"

"ah! barber memang wujud!lelaki tu jadi macam itu sebab dia tak datang pada saya untuk saya gunting rambutnya"jela barber itu.

"tepat sekali!".kata si lelaki tadi

"that's the point! ALLAH juga wujud. itulah yang terjadi(keperitan & penderitaan)jika manusia tidak mengigatiNya dan kembali padaNya untuk memohon pertolongan"

Cinta dan Jodoh

Renung-Renungkanlah

Dari seorang hawa kepada kaumnya...

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?


Ada seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?


Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik,membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaiandan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ?


Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita.Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, berertikita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita,gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.


Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja.Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-burukpasti ada - Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua? Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki,dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.


Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih.Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa,dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa,menjadi manusia,dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yangMaha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembahkaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki,bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kakiuntuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.


Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama,terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga kesayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya. Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik... wanita tidak semestinya memerlukan lelaki.tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan.. cinta itu anugerah..