Wednesday, December 31, 2008

Gambiran Part 6






PTC dan TLL

sekian..

Gambiran Part 5





anak buah dan...SIC??

Gambiran Part 4






Gajah dan ikan

Gambiran Part 3






Lagi dan lagi

Gambiran Part 2






Bejalan-Jalan di kenyir

Gambiran Part 1






Pejalanan Ke Kenyir....

Tahun Baru

Assalamualaikum

Hari ini 31-12-2008,hari terakhir dalam kelendar masihi. Besok, kita sudah berada di tahun baru. Kalau ikut kan kelendar Hijrah,hari ini sudah 3 muharam. Dah lama aku tinggalkan blog ini tanpa coretan. Dah lama aku pendam rasa nak menulis,tapi atas kesibukan yang melanda,perasaan itu aku pendam sahaja.

Hari ini aku nak siarkan beberapa keping gambar yang membuatkan aku sibuk.

Aku macam tak tahu nak merepek apa.

feninnnnnnn

Thursday, December 11, 2008

Cawangan Pahang

kesibukan melanda...kini aku bekerja di kuantan.

Tuesday, November 25, 2008

update

lama betul tak hapdet.....

lama....sangat lama....

virus malas melanda.....

malas.....sungguh malas...

(nie pun kira update jugak kan?? hehehehe)

Monday, November 17, 2008

My Favourite Ever

Da lama aku carik. Jumpa juga akhirnya....

Thanks makcik!!

Sebelum



Sesudah..Haha. Memang sedap..mabeless!!





Yang ni tak ada kena mengena dengan makanan kegemaran aku. Ini iklan je...

Saturday, November 15, 2008

TaG pujanggAsmara

What Were You Doing 5 Years Ago?
-ko sape nk tanya aku???

What Were The 5 Things On Your To Do List Today(15 November 2008)?
- subuh
- zohor
- asar
- magrib
- isya
amacam,lengkap kan?

What Are 5 Snacks That You Enjoy?
-snack?ko x leh tanya bahse melayu?snak tue apa?cekodok?

What Are 5 Things That You Do If You Were Billionaire :
-bawa family aku pi umrah pastu gi haji
-nak reka bentuk rumah sendiri...errr aku kaya kan?aku nk buat perkampungan lah. bia semua adik bradik,keterunan aku duk kampung tuh.amacam?
-beli pesawat peribadi
-pergi menjelajah dunia
-hoihh....sedekah kat yang memerlukan,buat amal jariah.

What Are 5 Jobs You've Had :
-kupas bawang di pasar(rm 15 per day)
-jadi waiters(banquet)..rm 3.5 per hour
-keje kat 7 11...ciss..pegang arak..dulu banquet pegang sket2 jerk.(rm 700 per month)
-keje ngan abg aku kt kedai tepon...(rm...errr FOC)
-sakarang...keje ngan aku sendirik...gaji??kepala apak ko!!hahah

Who Are 5 Persons You Want To Tag?
-Sha
-Saif
-Mia
-Jus
-Yoi

Sabtu,15 Nov. 2008

Hujung minggu nie,aku tak kemana-mana. Memang ada plan sebenarnya, tapi atas sebab-sebab tertentu, rancangan aku nk camping di Lata Hammer tak kesampaian. Malam tadi aku tidur di rumah abg aku di Sungai Buloh. Sebelum tu aku perjumpaan Gombak Kaki. Sub group kepada SIC. Selaku newbie, aku mendiamkan diri seberapa yang boleh. Nak campur ngan otai-otai ni susah jugak. Kejap lagi dia cita pasal 4g15, 4g18. Menatang apa, aku tak paham. Yang aku tau 3G. Hahaha. Berbalik kepada plan aku yang gagal hari nih. Adus, bosan betul aku. Tak tahu nak buat apa. Pelangan pun kurang. Puas aku melayari internet. Bila da tahap bosan ke tahap maksima, aku terus mealayan Red Alert. Haha, puas aku beperang.

Wednesday, November 12, 2008

Biarkan Gambar Becerita






Kisah dengan menggunakan gambar lebih berkesan.

Tuesday, November 11, 2008

Isnin...

Isnin aku bermula awal. Kalau ikut jam tentera, aku mulakan isnin yang penat seawal jam 0003. Pada masa berkenaan, aku berada di tol gombak. Destinasi aku, Bentong. Jam 0025, aku dah sampai di Bentong. Malam nie, sekatan jalan raya tak pulak ada. Bentong, macam pekan-pekan lain pastilah sunyi. Aku terus ke Taman Kolej. Taman ni, tak la macam namanya. Tak ada pun kolej kat taman ni. Nama aja gempak. Sampai di rumah kawan aku, kelibat Neo nya tiada. "Mesti lepak dekat kedai buluh" detik hatiku berkata. Jangkaan aku tepat. Memang dia ada di situ. Selepas perkena nescafe 'o', kononnya nak berjaga dan beborak sambil melayan cerita 'orang minyak' kami mulakan perjalan ke kuala terengganu sekitar jam 0115. Perjalanan kali ni lain dari yang aku lalui sebelum ni. Kawan aku memilih jalan kampung. Aku layankan aja. Perjalanan kali ini baru pada aku. Sebelum ni, aku tak pernah lalu pecan karak. Dapat jugalan aku pengalaman baru ni. Aku sampai di kg chendor di kemaman pada jam 0515. Setelah selesai minum pagi dan menunaikan solat subuh, perjalan di teruskan. Jam 0715 kami tiba di masjid terapung. Kononnya nak berenti mandi. Tapi pengurusan masjid tak benarkan. Bilik air di kunci. Sudahnya kami mandi di bilik air sebelah masjid tersebut. Kadarnya agak mahal. Rm 1.50 sekali mandi. Pandai sungguh diorang menjana ekonomi. Aku sampai di hospital kuala terengganu jam 0920. Satu pekara yang tak disangka berlaku. Kawan aku boleh silap tengok jadual meeting…

Kepala pening. Aku tak mampu menaip lagi. Sambung di kemudian hari

Sunday, November 09, 2008

Hari Minggu Yang Jauh

Sebelum aku melalui hari minggu yang jauh,aku ada benda yang aku nk ceritakan,hari tengah minggu yang singkat.haha

Pada hari rabu yang lalu,aku telah menghadirkan diri untuk perjumpaan di restoran mamak al-esfan. Perjumpaan ini walaupun dilakukan dalam suasana gelap,namun ianya bukanlah persatuan kongsi gelap. Selepas beborak serangkap dua,aku dengan tergamam nya melihat ahli-ahli kelab bertukar-tukar steering seperti betukar selipar. Plug N Play je. Selaku nebis(newbie) wajib la aku tergamam.

Steering yang bertukar dr 5 kaki ke 4 kaki. Aku mintak la pendapat ahli yang senior, macam mana nak tukar steering aku. Bila diorang tengok je steering aku,tergamam pulak diorang. Biasa la. Barang klasik. Steering aku ada 1 kaki saja. Steering lama. Ada jugak yang berminat. OK. Cerita hari tengah minggu selesai.

Pada hari Jumaat lepas, aku telah mengikuti jemputan abang aku ke ipoh. Dia nak hadiri majlis konvekesyen. Gila. Dah 2 tahun tamat belajar, dah kahwin, bini pun dah nak beranak, baru nak konvo? Masing-masing punya cara la kan. Pelik kementerian dia. Majlis di buat pada hari sabtu di Bangunan Darul Ridzuan. Kami pergi ke ipoh pada hari jumaat sebab abang aku nak ambik jubah dia.

Lepas ambil jubah,kami begerak ke Lumut. Lepas makan ABC Special, abang aku dak kak ipar bermalam di Venice of Perak. Aku pulak bermalam di dalam kereta sahaja. Haha. Bujang la katakan.

Esoknya, jam 6.30 pagi kami dah begerak ke Ipoh. Yang turut hadir majlis konvo abang aku ialah ayah, mak, abag long, kak long, camelia(anak buah), abang ngah,kak ngah, fydzarul(anak buah). Ramai juga. Lepas habis majlis, kami ke Telok Batek. Best juga mandi laut, da lama tak mandi air masin.

Tapi Telok Batek dah tak se best dulu. Air dia semacam berminyak( awek2 pun dah sikit..haha). Sudah mandi,badan aku macam gatal-gatal. Nasib la tak serius sangat.

Setelah singgah di beberapa rumah kawan ayah aku di sekitar setiawan dan lekir, kami pun bertolak pulang ke KL. Selaku penumpang, aku sekadar membuat taik mata sahaja di belakang tanpa sedikit pun memikirkan pola perjalanan.

Hari ini(ahad, 9 nov) aku dah ada perancangan. Petang ni, aku nak ke Mid Velly. Nak sambar apa2 peluang yang boleh di sambar. Malam nak ke modesto. Nak sambar kad club. Pagi(isnin) nak ke bentong, kemudian ke kuala terengganu, kemudian balik ke KL. Wah, menarik betul hidup aku, kedai pun aku tak bukak... Habislah...Ho Ho






nyum nyum

Monday, November 03, 2008

Hari minggu yang letih( Tapi Enjoy!!)

Tepat jam 3.30 petang,aku naiki bas yang mempunyai kapasiti 40 org telah berjaya di isi seramai 10 orang(termasuk driver). Memang aku dah jangka,die hard fan Chelsea memang sikit. Tapi apa aku peduli,haha. Segala perjalanan dan penginapan adalah percuma. Best betul.

Malam tu,sebelum game Chelsea, aku try la masuk rumah hantu. Ceh,poyo je hantu-hantu kat rumah hantu tu. Tak hantu langsung. Ingat seram sangat, tak thrill langsung. Apa kelas hantu sergah mangsa? Hantu wujud secara pelahan-lahan dan menakutkan. Ini macam hantu kampung aja, main jerit-jerit. Lepas kekecewaan bersama hantu-hantu, aku begegas ke lokasi yang ditentukan, game on babeh! Sedang asyik melihat pesta(gol) ada satu amoi tanya aku, "mau beer ka?". Citt! Tanya la,mau teh tarik ke,boleh jugak aku oder segelas dua. Malam tu,aku tido pukul 3 pagi. Letih.

Jam 6.30 aku dah bangun. Lepas tu,aku dah tak boleh tidur. Kemudian, aku telah ke cafe dengan membawa perut kosong untuk aktiviti makan nasi lemak + coco crunch + telur separa masak + hot dog + buah oren dan tembikai serta susu yang di didapi secara percuma. Setelah itu, aku telah membuang duit(rugi betul) dengan membeli tiket all park. Aku cuba menakutkan diri dengan bermain acara-acara yang thrill,tapi gagal.

Dalam jam 3 petang, aku bertolak pulang dengan menaiki sky way. Bas free telah tinggalkan aku pada jam 12 tengah hari. Saat ini bermulah detik penat aku. Bermula dengan tiket bas yang hanya ada pada pukul 6.30 petang, aku amat kepenatan kerana menunggu. Dan, buat pertama kalinya, baru aku tau yang Pasarakyat tiada kena mengena dengan Plaza rakyat. Letih juga menapak dari pasarakyat ke stesyen monorail sambil meredah hujan yang sedang-sedang lebat. Sampai di KL Sentral, aku tekejut gaban bila melihat kereta aku beralih kedudukan.

Pelik bin ajaib. Macam mana diaorang boleh ubah kereta aku tanpa sebarang kecederaan nyata terhadap kereta aku. Surat 'cinta' pun tak kelihatan. Lepas meneliti sesaat dua,aku yakin kereta aku dalam keadaan standart, aku terus ke bangi dan kemudian nya pulang ke sentul. Kereta aku macam biasa, tiada tanda-tanda dicederakan. Misteri kereta aku beralih arah terus begitu tanpa jawapan pasti.

Sampai rumah dalam jam 10 lebih. Aku sangat letih dan tidur.

Thursday, October 30, 2008

29 Oct. 2008

Adeh... Lambat update. Semalam tak la sibuk. Bukak kedai macam biasa, dalam pukul 1.45 petang aku begerak menuju bangunan MCA. Aku pergi sana sumpah tak ada kena mengena ngan MCA. Ada perjumpaang dealer-dealer celcom kawasan tengah saja. Dalam pukul 5 petang,aku da bukak kedai semula.

Malam tu pulak aku buat pertama kali nya pergi jumpa kawan-kawan dari SIC. Diorang ne sempoi-sempoi. Tak ada ciri-ciri berlagak. Senang nak join. Tapi sayangnya,aku tak dapat nak join TT di ayer keroh sabtu nie. Kelab Mychels ajak pergi genting. Free beb. Haha, join la.apalagas. Perginya aku ke genting juga telah menidakkan peluang aku nak join maskara buat pertama kali nya...

Sayang betul. Tak pa,next time aku akan pastikan aku men join program bernas itu. Nantikan!!

Tuesday, October 28, 2008

Hari yang Sibuk

Hari ni nak di katakan sibuk tak la jugak,tapi meletihkan. Hari sibuk aku bermula se awal jam 1.40 pagi.

Tengah syok aku main ps2,tetiba kawan aku mintak di hantar ke HKL,mata pedih katanya. Kesian aku tengok. Dah puas di golek sana sini. Tak dapat2 dia nak lelapkan mata. Ini semua salah clorok. Macam mana boleh clorok 'terbang' masuk ke mata dia masih jadi misteri. Memandangkan kereta aku dalam keadaan injured, aku pun bawak la kereta dia,dan dah pasti la kereta dia jadi sasaran sebab nak hantar dia ke HKL. Baru seminit aku bawak kereta dia,dia da mula show off. Malas aku nak cerita,tapi kalo lawan dengan kereta aku,dah pasti dia kena tinggal punya,hahaha. Sampai je dekat kawasan kecemasan,aku turunkan dia.

Terkejut habis aku. Dah pukul 2 pagi,HKL masih ramai pesakit. KL ni memang gila la. Diaorang ni tak reti tido ke? Aku tawaf HKL kali pertama. Gagal. Tak jumpa parking. Tawaf kali ke-2. Gagal.Masih tak jumpa. Aku parking dekat jabatan apatah. Aku tertidur. Masa tu jam pukul 2.30 am. Sedar-sedar dah pukul 3.30. Gelabah jugak aku. Ingat kan kawan aku dah selesai. Bila aku jumpa,dia sengih2. "Belum lagi..ramai orang tu" kata dia dengan senyum. Baru borak dengan awek barangkali. Sejam dah berlalu. Tak sampai turn lagi rupanya.

KL memang gila! Aku tawaf kali ke-3. Berjaya. Aku dapat parking tepi jalan yang hampir dengan wad kecemasan. Aku terlena buat kali ke-2."tok..tok..tok..". Kawan aku dengan senyum ketuk cermin kereta. Selesai jugak kata aku. Bila aku tengok jam,pukul 5.30 am. GILA. Kelam kabut aku pulang ke rumah. Isya x buat lagi. Selang beberapa minit aku solat,subuh pulak masuk.

Lepas selesai semua,aku sambung tidur yang tertungak. Sedar je jam dah pukul 11 pagi. Pagi ni misi aku nak repair kereta aku yang injured. Penat jugak duit aku nak baiki kereta tua ni. Total aku habis untuk kereta hari ni beratus juga.

Alternator ganti baru,yang lama tapak dia da patah. Belting set baru. Buat allingement. Harap2 lepas ni kereta ni tak meragam dah. Hari ni plan nak tengok wayang tamil, Aegan tak kesampaian. Petang baru kereta aku siap. Harap-harap besok aku lalui dengan kurang rintangan..haraplah..

Monday, October 27, 2008

Selamat menyambut Deepavali

Patut la sunyi hari ni. Time aku kerja, kawan-kawan lain semua cuti. Patut la jamban sunyi je. Semalam hari yang kurang enak aku lalui.

Keta rosak,handphone hilang, chelsea pun kalah. Morale down sungguh. Walaupun orang tu tua dan pakai kopiah,x semestinya dia tu baik. Itu pengalaman aku semalam. Nampak macam nak tolong aku dengan iklas hati,kejap lagi mintak duit kopi,aku igt duit kopi dalam rm 10- rm 20,kejap lagi dia mintak rm50. Tu macam duit kopi nak minum kat starbuck. Kopi starbuck pun rm 14.99. Dia oder muffin skali barangkali.

Dah la pulak tu,dia kebas handphone aku. Untuk pengetahuan korang yang ada no maxis aku,handphone tu telah di curi. Sampai rumah dah pukul 9.30 malam. Ngam-ngam la sampai,chelsea baru start lawan. Baru duduk kejap, chelsea da kene sebijik. Apa cite?

So kesimpulan nya semalam aku punya roda berada di bawah. bak kata ahli falsampah la. terima ajalah dugaan tuhan dengan hati terbuka. Pasrah!

Saturday, October 25, 2008

October

Agak lama blog aku tak di isi dengan coretan mengarut dari aku. Lepas cuti raya hari tu,mood nak mula menulis semacam surut. Idea melimpah-limpah tapi kerajinan tak wujud.

Ada saja alasan untuk mengelak dari update blog. Tu la,orang ada blog,engaku pun sama nak blog,orang update blog,engkau tak update. Jadi sebelum kena sound dengan cikgu KerepeK, baik aku mengupdatekan blog ini.

Lepas tarikh hari ini aku akan mengupdate secara kerap. Aku akan ceritakan peristiwa cuti raya aku. Nantikan kemunculannya... ha ha ha

Tuesday, October 21, 2008

SENARAI HARGA HP SEHINGGA 23/08/08

Tuah E One Tele.
Call/SMS: 019- 987 9767/017- 700 9767
ym: lostboyz85

<

NOKIA


PRICE(RM)


SONY ERICSSON

PRICE


SAMSUNG

PRICE

1200


115


K320i


269


B110

169

1208


135


K330


279


B130

169

1209


145


K530


499


B520

299

1650


189


K550


499


C140

149

1680


229


K630


559


C160

169

2600


288


K660


569


C260

199

2630


299


K770


679


C300

259

2680


369


K800


669


C450

199

3110


399


K810


739


D780

959

3120


529


K850


999


D880

1259

3500


459


P1


1100


E250

389

3600

*new*

689


S500


579


E251

449

5000

*new*

359


T250


229


E210

499

5220 (512mb)

559


T280


299


E840

629

5200


429


T650


669


E950

799

5300(256mb)

489


W200


349


F330

879

5310(512mb)

659


W350


439


F250

499

5320

*new*

729


W380


499


F400

949

5610(512mb)

849


W580


659


F480

1745

6085


399


W595


1109


G800

1155

6120


659


W610


499


G810

1559

6210(1gb)

*new*

1079


W660


498


G6

1289

6220

*new*

1099


W760


799


I550

1249

6300(512mb)

539


W880


639


I780

1709

65slide (512mb)

929


W890


859


I900+8GB

2609

6600 fold

*new*

1089


W960


1400


J200

509

6600 slide

*new*

1079


W980


1429


J600

499

7070

*new*

289


C702


979


J700

479

7210

*new*

459


C902


1239


L170

859

7310

*new*

529


G502


555


L760

629

7610slide

*new*

799


G900


1249


M150

299

E66 (2gb)

*new*

1459






M300

339

E71

*new*

1465






M610

359

E90


2485






S7330

989

N 70(1gb)


699






U6

1309

N 73(2gb)


888






U7

819

N 78(1gb)


1099






U8

969

N 81(2gb)


1099






U9

1389

N 81+8gb


1299






X510

299

N 82(2gb)


1449






X540

359

N 85

*new*

1999






Z240

599

N 95


1409






Z370

559

N 95 +8gb

1799