Tuesday, November 25, 2008

update

lama betul tak hapdet.....

lama....sangat lama....

virus malas melanda.....

malas.....sungguh malas...

(nie pun kira update jugak kan?? hehehehe)

Monday, November 17, 2008

My Favourite Ever

Da lama aku carik. Jumpa juga akhirnya....

Thanks makcik!!

Sebelum



Sesudah..Haha. Memang sedap..mabeless!!





Yang ni tak ada kena mengena dengan makanan kegemaran aku. Ini iklan je...

Saturday, November 15, 2008

TaG pujanggAsmara

What Were You Doing 5 Years Ago?
-ko sape nk tanya aku???

What Were The 5 Things On Your To Do List Today(15 November 2008)?
- subuh
- zohor
- asar
- magrib
- isya
amacam,lengkap kan?

What Are 5 Snacks That You Enjoy?
-snack?ko x leh tanya bahse melayu?snak tue apa?cekodok?

What Are 5 Things That You Do If You Were Billionaire :
-bawa family aku pi umrah pastu gi haji
-nak reka bentuk rumah sendiri...errr aku kaya kan?aku nk buat perkampungan lah. bia semua adik bradik,keterunan aku duk kampung tuh.amacam?
-beli pesawat peribadi
-pergi menjelajah dunia
-hoihh....sedekah kat yang memerlukan,buat amal jariah.

What Are 5 Jobs You've Had :
-kupas bawang di pasar(rm 15 per day)
-jadi waiters(banquet)..rm 3.5 per hour
-keje kat 7 11...ciss..pegang arak..dulu banquet pegang sket2 jerk.(rm 700 per month)
-keje ngan abg aku kt kedai tepon...(rm...errr FOC)
-sakarang...keje ngan aku sendirik...gaji??kepala apak ko!!hahah

Who Are 5 Persons You Want To Tag?
-Sha
-Saif
-Mia
-Jus
-Yoi

Sabtu,15 Nov. 2008

Hujung minggu nie,aku tak kemana-mana. Memang ada plan sebenarnya, tapi atas sebab-sebab tertentu, rancangan aku nk camping di Lata Hammer tak kesampaian. Malam tadi aku tidur di rumah abg aku di Sungai Buloh. Sebelum tu aku perjumpaan Gombak Kaki. Sub group kepada SIC. Selaku newbie, aku mendiamkan diri seberapa yang boleh. Nak campur ngan otai-otai ni susah jugak. Kejap lagi dia cita pasal 4g15, 4g18. Menatang apa, aku tak paham. Yang aku tau 3G. Hahaha. Berbalik kepada plan aku yang gagal hari nih. Adus, bosan betul aku. Tak tahu nak buat apa. Pelangan pun kurang. Puas aku melayari internet. Bila da tahap bosan ke tahap maksima, aku terus mealayan Red Alert. Haha, puas aku beperang.

Wednesday, November 12, 2008

Biarkan Gambar Becerita






Kisah dengan menggunakan gambar lebih berkesan.

Tuesday, November 11, 2008

Isnin...

Isnin aku bermula awal. Kalau ikut jam tentera, aku mulakan isnin yang penat seawal jam 0003. Pada masa berkenaan, aku berada di tol gombak. Destinasi aku, Bentong. Jam 0025, aku dah sampai di Bentong. Malam nie, sekatan jalan raya tak pulak ada. Bentong, macam pekan-pekan lain pastilah sunyi. Aku terus ke Taman Kolej. Taman ni, tak la macam namanya. Tak ada pun kolej kat taman ni. Nama aja gempak. Sampai di rumah kawan aku, kelibat Neo nya tiada. "Mesti lepak dekat kedai buluh" detik hatiku berkata. Jangkaan aku tepat. Memang dia ada di situ. Selepas perkena nescafe 'o', kononnya nak berjaga dan beborak sambil melayan cerita 'orang minyak' kami mulakan perjalan ke kuala terengganu sekitar jam 0115. Perjalanan kali ni lain dari yang aku lalui sebelum ni. Kawan aku memilih jalan kampung. Aku layankan aja. Perjalanan kali ini baru pada aku. Sebelum ni, aku tak pernah lalu pecan karak. Dapat jugalan aku pengalaman baru ni. Aku sampai di kg chendor di kemaman pada jam 0515. Setelah selesai minum pagi dan menunaikan solat subuh, perjalan di teruskan. Jam 0715 kami tiba di masjid terapung. Kononnya nak berenti mandi. Tapi pengurusan masjid tak benarkan. Bilik air di kunci. Sudahnya kami mandi di bilik air sebelah masjid tersebut. Kadarnya agak mahal. Rm 1.50 sekali mandi. Pandai sungguh diorang menjana ekonomi. Aku sampai di hospital kuala terengganu jam 0920. Satu pekara yang tak disangka berlaku. Kawan aku boleh silap tengok jadual meeting…

Kepala pening. Aku tak mampu menaip lagi. Sambung di kemudian hari

Sunday, November 09, 2008

Hari Minggu Yang Jauh

Sebelum aku melalui hari minggu yang jauh,aku ada benda yang aku nk ceritakan,hari tengah minggu yang singkat.haha

Pada hari rabu yang lalu,aku telah menghadirkan diri untuk perjumpaan di restoran mamak al-esfan. Perjumpaan ini walaupun dilakukan dalam suasana gelap,namun ianya bukanlah persatuan kongsi gelap. Selepas beborak serangkap dua,aku dengan tergamam nya melihat ahli-ahli kelab bertukar-tukar steering seperti betukar selipar. Plug N Play je. Selaku nebis(newbie) wajib la aku tergamam.

Steering yang bertukar dr 5 kaki ke 4 kaki. Aku mintak la pendapat ahli yang senior, macam mana nak tukar steering aku. Bila diorang tengok je steering aku,tergamam pulak diorang. Biasa la. Barang klasik. Steering aku ada 1 kaki saja. Steering lama. Ada jugak yang berminat. OK. Cerita hari tengah minggu selesai.

Pada hari Jumaat lepas, aku telah mengikuti jemputan abang aku ke ipoh. Dia nak hadiri majlis konvekesyen. Gila. Dah 2 tahun tamat belajar, dah kahwin, bini pun dah nak beranak, baru nak konvo? Masing-masing punya cara la kan. Pelik kementerian dia. Majlis di buat pada hari sabtu di Bangunan Darul Ridzuan. Kami pergi ke ipoh pada hari jumaat sebab abang aku nak ambik jubah dia.

Lepas ambil jubah,kami begerak ke Lumut. Lepas makan ABC Special, abang aku dak kak ipar bermalam di Venice of Perak. Aku pulak bermalam di dalam kereta sahaja. Haha. Bujang la katakan.

Esoknya, jam 6.30 pagi kami dah begerak ke Ipoh. Yang turut hadir majlis konvo abang aku ialah ayah, mak, abag long, kak long, camelia(anak buah), abang ngah,kak ngah, fydzarul(anak buah). Ramai juga. Lepas habis majlis, kami ke Telok Batek. Best juga mandi laut, da lama tak mandi air masin.

Tapi Telok Batek dah tak se best dulu. Air dia semacam berminyak( awek2 pun dah sikit..haha). Sudah mandi,badan aku macam gatal-gatal. Nasib la tak serius sangat.

Setelah singgah di beberapa rumah kawan ayah aku di sekitar setiawan dan lekir, kami pun bertolak pulang ke KL. Selaku penumpang, aku sekadar membuat taik mata sahaja di belakang tanpa sedikit pun memikirkan pola perjalanan.

Hari ini(ahad, 9 nov) aku dah ada perancangan. Petang ni, aku nak ke Mid Velly. Nak sambar apa2 peluang yang boleh di sambar. Malam nak ke modesto. Nak sambar kad club. Pagi(isnin) nak ke bentong, kemudian ke kuala terengganu, kemudian balik ke KL. Wah, menarik betul hidup aku, kedai pun aku tak bukak... Habislah...Ho Ho






nyum nyum

Monday, November 03, 2008

Hari minggu yang letih( Tapi Enjoy!!)

Tepat jam 3.30 petang,aku naiki bas yang mempunyai kapasiti 40 org telah berjaya di isi seramai 10 orang(termasuk driver). Memang aku dah jangka,die hard fan Chelsea memang sikit. Tapi apa aku peduli,haha. Segala perjalanan dan penginapan adalah percuma. Best betul.

Malam tu,sebelum game Chelsea, aku try la masuk rumah hantu. Ceh,poyo je hantu-hantu kat rumah hantu tu. Tak hantu langsung. Ingat seram sangat, tak thrill langsung. Apa kelas hantu sergah mangsa? Hantu wujud secara pelahan-lahan dan menakutkan. Ini macam hantu kampung aja, main jerit-jerit. Lepas kekecewaan bersama hantu-hantu, aku begegas ke lokasi yang ditentukan, game on babeh! Sedang asyik melihat pesta(gol) ada satu amoi tanya aku, "mau beer ka?". Citt! Tanya la,mau teh tarik ke,boleh jugak aku oder segelas dua. Malam tu,aku tido pukul 3 pagi. Letih.

Jam 6.30 aku dah bangun. Lepas tu,aku dah tak boleh tidur. Kemudian, aku telah ke cafe dengan membawa perut kosong untuk aktiviti makan nasi lemak + coco crunch + telur separa masak + hot dog + buah oren dan tembikai serta susu yang di didapi secara percuma. Setelah itu, aku telah membuang duit(rugi betul) dengan membeli tiket all park. Aku cuba menakutkan diri dengan bermain acara-acara yang thrill,tapi gagal.

Dalam jam 3 petang, aku bertolak pulang dengan menaiki sky way. Bas free telah tinggalkan aku pada jam 12 tengah hari. Saat ini bermulah detik penat aku. Bermula dengan tiket bas yang hanya ada pada pukul 6.30 petang, aku amat kepenatan kerana menunggu. Dan, buat pertama kalinya, baru aku tau yang Pasarakyat tiada kena mengena dengan Plaza rakyat. Letih juga menapak dari pasarakyat ke stesyen monorail sambil meredah hujan yang sedang-sedang lebat. Sampai di KL Sentral, aku tekejut gaban bila melihat kereta aku beralih kedudukan.

Pelik bin ajaib. Macam mana diaorang boleh ubah kereta aku tanpa sebarang kecederaan nyata terhadap kereta aku. Surat 'cinta' pun tak kelihatan. Lepas meneliti sesaat dua,aku yakin kereta aku dalam keadaan standart, aku terus ke bangi dan kemudian nya pulang ke sentul. Kereta aku macam biasa, tiada tanda-tanda dicederakan. Misteri kereta aku beralih arah terus begitu tanpa jawapan pasti.

Sampai rumah dalam jam 10 lebih. Aku sangat letih dan tidur.