Friday, September 25, 2009

Historien om vann og min familie

Kisah ini bermula kelmarin. hari rabu. Bermula pagi lagi, keluarga abang aku yang no 3 ajak picnic. Dia ajak famili aku beraya di rumah mertuanya dulu. kemudian baru ke air terjun gunung datuk di negeri sembilan. jarak di antara lokasi picnic dengan rumah mertua nya tak lah jauh mana. setelah sesi beraya tamat,kami memulakan perjalanan ke gunung datuk,dan bermula lah episod malang aku dan famili.

1)tak ada siapa pun yang tahu lokasi air terjun gunung datuk. itu lah,asyik FB jer, tak ada siapa pun yang study google maps.

2)Mak aku dah siap-siap makanan dan air. tapi semua tetinggal,dia bawak ais,tetinggal air,dia bawak buah,tertinggal pisau.menarik bukan?

3)air terjun gunung datuk bagaikan pemalu.x de terjun-terjun.semua pun mengalir lemah.aku nak mandi pun segan!

kami semua decide nak pergi tempat yang lebih bagus.lebih banyak air.nama tempat tue suka bumi.namun,

4)suka bumi merupakan air terjun + kolam persendirian,bayaran masuk dikenakan. rm 5 sahaja(macam sial bukan?)

5)kolam tu ada segereombolan famili keling tengah mandi manda,geli den nk campur2. air terjun di suka bumi pula macam dah tak suka kat bumi.kering!

kami batalkan hasrat nak mandi di sana. dikehangatan kerana masih tidak tahu nak mandi di mana,abang aku membawa pula ke kolam air panas chendana putih.tapi..

6)kolam air panas macam tak ada air!macam longkang je. nak romdam tolor pun x lopeh(dialek melaka)

lagi sekali kekeciwaan melanda. setelah berbincang-bincang kami plan nak ke tanjung bidara,mandi laut.tapi di tengah perjalanan,abag aku ajak mandi di A'Famosa resort je.situ kompem ada air,tapi bayaran...tiba-tiba ada gossip mengatakan bayaran dewasa hanya rm15. aku yang masih was-was,mengikut juga kehendak mereka.tetapi...

7) nak parking pun dah kene cas rm 3,dewasa nak masuk mandi rm35,kanak-kanak rm 25. jam dah pukul 5 lebih,kami decide batalkan saja plan nak mandi sebab agak rugi saja kalau mandi kerana A'Famosa tutup pukul 6.

maka rancangan mau mandi manda pada hari rabu gagal 100%. hanya dapat mandi peluh jer,

namun episod malang tidak berakhir di hari rabu. pada malam khamis,sekali lagi kami bercadang mahu mandi manda di air panas gadek.tapi..

8)bayaran masuk rm 4.itu bukan isu,tapi ke'crowd' an kawasan tersebut sama sekali mematah kan hasrat kami.apa punya badi da..kolam air panas gadek penuh!apa rumah diorang tak bayar bil air ke?

kegagalan kami sekeluarga ber piknik di akhiri kegagalan lagi.dalam perjalan ke melaka,kami bercadang mahu ke PD pada petang jumaat.mahu berkelah.dan kesudahannya..

9)GAGAL.mak aku penat sangat. tak larat nak bekelah.baru plan dah gagal.

akhirnya aku hanya mampu mandi shower di rumah saja.hahahahaha

bahasa di atas,bahasa norway

apam sögur og MU

Petang tadi selepas sembahyang jumaat, aku beristerirehat(berehat bersama isteri orang...a.k.a mak aku...kah kah kah) di hentian bas alor gajah menanti sebuah permis di buka.

dalam saat penantian itu,sebuah gerai apam balik telah berjaya mengetuk pintu perut(ingat hati je ke ada pintu??) untuk membeli beliau.dengan harga rm 1.30 aku berupaya memperoleh sebungkus apam balik.

apam balik memang sedap di makan time panas-panas.kalau dah sejuk,kucing pun tak selera.setelah berjaya mendapatkan apam tersebut,aku begegas ke kereta aku untuk menghayati kesedapan apam balik tersebut.

dengan suasana panas terik di campur pula kepanasan apam balik,aku pelahan-lahan memasukkan sepotong apam balik ke mulutku. terasa gula,tepong,kekacang dan sedikit jagung. itu la apam balik.

tapi,apa kena mengena apam balik dengan MU?apam balik bukan lah makanan kegemaran pemain MU. aku pula bukanlah peminat MU. dimanakah kaitan MU dengan apam balik? Jawapannya,terjawap di bungkusan apam balik.

apam balik tersebut di bungkus oleh 2 material yang berbeza. 1 boleh di kitar semula,satu boleh dibuang begitu saja tanpa memikirkan nasib anak cucu cicit di masa depan. aku tetarik dengan material yang boleh dikitar semula tersebut. kertas surat kabar keluaran berita hairan amat memikat hatiku.

"itu malam burnley". kata-kata SAF memikat hatiku. setakat artikel ini ditulis,hanya BURNLEY saja yang mampu mencuri 3 mata dari MU.Apam balik dalam mulutku bertambah sedap.satu perisa di tambah.Atas dasar menyahut seruan kerajaan,aku mengamalkan budaya membaca walaupun bahan bacaan aku sudah bekarat,sudah jadi pembalut apam balik.

maka,itu sajalah kaitan apam balik dan MU. tajuk di atas berbahasa icelandic. sila gunakan google translate untuk memahami. hehehe

þá aðeins það tengsl apam aftur og MU. titill á íslenska tungu. Vinsamlegast notaðu google þýða að skilja

Thursday, September 24, 2009

halten über

Penantian berakhir. tanggal 09/09/09 terus menjadi lipatan dalam sejarah hidupku. malam sebelumnya,aku mendapat sms. temujanji ku pada pukul 1.30 petang. tepat jam 1.15petang aku dah berada di lokasi yang di tetapkan.selepas solat zohor,aku menenangkan diri. setelah bertemu makcik di kuanter,aku dipahamkan aku harus menunggu di dewan kecil yang mempunyai penghawa dingin.setelah mendapatkn nombor giliran,aku bergegas ke tapak peristiwa.syukur,aku berjaya menempuh halangan pertama dengan jayanya. halangan kedua kelihatan sukar kerana penguji ku wanita.kata orang,wanita tegas,dan nyata wanita di sisiku itu memang kelihatan tegas.salam pun tak di jawap. Namun aku tak endahkan,aku jalankn tangunjawap aku dengan penuh berhati-hati.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

perghh!!cam sial.berliku betul perjalanan aku nak mengambil lesen keta.bukan aku tak tau.bukan aku kecut.tapi banyak sangat halangan.dari halangan kewangan,halangan masa,halangan sistem jpj yang sengal.macam-macam hal.tapi syukur,skang aku dah ada 1 lesen L,1 lesen P,dan 1 lesen FAKE.hahahah..beribu-riban habih...apa apa pun aku besyukur.

halten über = penantian berakhir

Hat Zeichen von Michael Ballack 2




Close Up!

Hat Zeichen von Michael Ballack


Salam Lebaran.. Dah lama blog nie sepi tanpa pengisian..pemalasnyer bloger!hehe

seperti yang dijanji kan..ini la topi yang aku perkatakan kepada meyour,bagai kata di kota,nah nie la gambar bukti topi ini.Aku dapat topi ini bukan lah dr tangan ballack sendiri.tapi via mychels fan club yang berpusat di Modesto hartamas. topi nie di datang gi khas dr stamford bridge,di tanda tangani oleh pemain no 13 chelsea dan diperolehi percuma.ya,percuma.sebab aku berjaya menjawap soalan cepumas. Apa-apa pan ini lah barang paling beharga bagi aku.

p/s:laptop tue sendiri punya la...tapi wallpaper tuh hadiah dr seseorang... i am big chelsea fan after all

Monday, September 07, 2009

Bercuti

Bercuti selama 3 hari di rumah amat menyenang kan. Walaupun ada kerehan tenaga,tapi aku rasa enjoy. Tidur aku tak di ganggu,itu yang utama. Berbeza betul time aku jadi adik-adik. Ada saja kerja nak di buat. Sekarang aku hanya menggunakan suara saja nak mengarah adik-adik aku. Best betul jadi abang-abang yer.

Hari nie aku akan balik semula ke Bentong. Perjalanan aku jangka kan akan mengambil masa yang agak lama. Aku bercadang mahu gunakan jalan alternatif. Tak de tol.hehe

Dari melaka,aku akan melalui pekan tampin hingga ke Kuala Pilah. Disana, pejalanan aku akan di teruskan ke bahau,Simpang pelangai dan seterusnya Karak. Kalo da sampai karak,pasti terbit senyumam sebab lagi 20km akan sampai ke Bentong.

Aku harap tiada la sekatan-sekatan yang tidak menyenangkan dalam perjalanan balik ini...harapnya..

Sunday, August 23, 2009

puasa

selamat menyambut ramadhan al-mubarak.....bkn murtabak aa..hehehe

jangan lupa sahur...kalo tak sahr pun,jangan jadikan alasan tak nak puasa.

Tuesday, July 28, 2009

penantian

dah lama x update....aku masih menanti.....demmmm

Thursday, June 25, 2009

2 ENTRY...

Selasa

Damm!! Aku kene lagi….wa kene beb!

---------------------------------------------------------------

Balik dari Raub, aku menumbuk-numbuk stereng kereta sambil mulut penuh makian…huh!!



Rabu

Pagi-pagi lagi aku dah ke Kuala Lumpur. Aku ada misi penting, sampai awal,lega sikit. GH mana penah sepi. Karang mau 2-3 jam aku sangkut kat sana.

“wad ortamologi kat mana?” Tanya aku sambil mata meliar tengok sing paper bertulis “Saringan H1N1” di serata tempat.

“nie kat atas bukit sana,kat wad kecemasan” jawap brader berbaju serba biru dan bertopeng mulut. Mulut dia berbau barangkali.haha

Dari wad kecemasan,aku bertanya lagi. Dekat café, kene naik tangga. Wad tue kat area-area situ la. Akhirnya sampai jugak aku destinasi yang aku cari.

Bila sampai di kuanter,aku hulurkan sehelai kertas. Lepas brader tue tgk, dia suruh aku pergi ambil surat rujukan. Aku akur. Aku turun. Aku ambil nombor giliran. Aku tunggu,aku ambik surat rujukan. Dengan hati berbunga,aku pergi semula ke wad terebut.

“ni kita set appoiment jumaat nie yer. Datang pukul 8 pagi. Paling lewat 10 pagi.”

Hati aku terbakar. Sial. Lahabau. Hamlau. Kamlau. Apal tadi tak cakap awal-awal? Apsal payah sangat? Aku bukan nak mintak kene laser kat mata pun. Aku nk wat checking mata aja. *^&%^&%@&^%@* %^&%$$#%#* *&*^&^#.

Puas aku maki. Tapi hati aku sakit. Dah la pokai. Dia igt kl-bentong dekat hapa. Huh!!

Monday, June 22, 2009

Kejuruteraan Gampang







Lepas solat magrib aku layan lagu cina yang aku copy dari cd kawan aku. Bila aku pasang telibisen, aku bedepan kekecewaan kerana mendapat siaran yang sangat tidak jelas. Betitik tolak dari itu lah aku memulakan operasi Kejuruteran Gampang.

Setelah di belek-belek,aku dapati arial aku mengalami keputusan wayar. Setelah menjalakan pembedahan yang serupa orang x de pendidikan, hasil nya agak memuaskan hati.

Wayar astro aku sambung dengan wayar bumi aku sambung dengan wayar asal arial aku. Dan hasilnya? Sunguh mengharukan.. hahaha.. aku Berjaya melihat kangaroo jack. Apa cite? Hahahaha

pamit...

Broery Marantika – Pamit (Selamat Tinggal)

ijinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu

memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani

reff: selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
hanya pesanku
jangan lupa kirimkan kabarmu

bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita

sayang, walau kebersamaan kita hanya sesaat
namun kau tetap bagian dari jiwaku
kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
semoga kelak kita dapat bersatu lagi

repeat reff

Friday, June 19, 2009

rajin

Terlalu rajin update blog pulak.

Hahaha….ada ada aja…time malas,tiga bulan tak update pun ada. Time rajin, 3,4 entry sekaligus pun boleh. Aku sebenar nya tak dapat nak tidur. Nak on internet, berukband macam &%$%#. Duduk kampung kan..adat la. Kat pecan sket dapat la line 3G yang di duk banga-banga-bangla sangat. Jadi, oleh sebab nak isi masa bosan aku yang sepi ni, aku tulis la apa yang aku nak merapu. Besok aku upload la.

Balik dari sungai koyan tadi,aku rasa macam nak demam. Selsema pun teruk. Hidung berair,mata merah,tekak perit. Aku solat,aku terus tido. Bangun tue, demam tak kebah lagi. Aku tak nak makan ubat. Bukan sebab ubat tak ada. Tapi aku nak elak dari badan aku bergantung harap pada ubat. Nanti badan aku lemah nak lawan penyakit. Itu kata mak aku. Mak aku bukan doctor, dukun pun bukan. Tapi aku rasa ada benarnya. Demam takat sikit-sikit tak payah makan ubat. Time aku menaip ni, demam aku dah makin ok. Selsema saja masih ada sikit-sikit,tapi sebijik dadah(ubat) pun aku tak telan. Syukur.

Sedikit lirik dari lagu yang aku dengar ulang kali sejak dari tadi..

“Selamat tinggal,
Ku doa kan..
Kau selalu bahagia..
Hanya pesan ku..
Jangan lupa..
Kirimkan kabarmu…”

p/s: touching tul…hahaha..

kerja aku

Kerja aku.

Kerja aku macam penyelia. Apa kerja anak buah,aku selia. Yang tak betul, aku tegur. Nak aku betul kan?kim salam..haha

Kerja aku nie kadang-kadang main arah-arah je. Kadang-kadang aku buat sendiri. Aku di tempatkan dalam seksyen penyiasatan pelancongan. Tapi tak melancong sangat la. Tadi 1st time aku ke sungai koyan. Nyaris sampai lipis. Aku ke sini sebab nak tengok site. Aku kene pastikan tiada rumah responden yang kosong terpilih untuk siasatan bulan depan. Jauh nye sungai koyan nie boleh tahan. Kalo tengok bola,dah abis dah. Jalan kecik. Lori balak besepah. Road block lagi,budak belajar memandu serta kereta aku yang tak boleh laju-laju menyebabkan pejalanan ini terasa jauh. Sampai di sungai koyan,aku ke sg koyan 3. aku rasa seronok tengok kehidupan penduduk di sini. Tenang.aman.damai.sentosa. tak ada apa yang nak di kejar. Ada yang usahakan ternakan lampam,keli afrika,tilapia. Ada yang bela kijang. Tanam cili,serai terung dan macam-macam lagi. Itu tak masuk yang menorah,petik sawit dan macam-macam. Jiran-jiran saling kenal mengenali. Mudah kerja aku. Tanya aja jiran,dapat la jawapan.

Semua nie sifat semulajadi manusia. Dah duduk Bandar,mau duduk kampung. Mau tenang. Yang di kampung, bosan. Mau pergi bandar. Mau havoc. Mau tengok lampu-lampu klcc. Satu je. Manusia mana pernah besyukur.haha…

p/s: kampung atau bandar..mana best?

kawan

Di suatu petang yang bosan.
Pada jam sekitar 6.22 pm.
Di sebuah kedai yang di gelar “kedai buluh”,bentong.
Di hadapan segelas sanquick ais yang mengiurkan.

Aku mencapai hp aku dan mencari-cari didalam senarai phone book,

“aa,ini orang sudah lama senyap,call beliau lah” getus hati aku.

“hello..”kata aku.

“yer…”jawap beliau manja.

“ni shafri kan?”aku pura-pura tanya.

“yer..sape nie?”Tanya beliau.

“ko tak kenal aku ke?”suara aku tinggi sedikit.

“err…syafa ker?”beliau meneka.

@##$! ko! No telepon awek ko simpan. %#@@#...@#@#@#...&%#%^… ##$% maki aku bertubi-tubi.

Hahaha… lama betul aku dah berborak dengan dia..lagi lama aku dah x jumpa dia. Shafri nie aku ketegorikan sebagai best fren aku. Dia nie aku kenal masa sekolah menengah kat setiawan dulu. Dia asal budak felcra,lepas bapak dia pencen, dia pindah ke kg serdang. Dia nie aku ketegorikan hensem dan berbadan sedap serta tegap. Dulu kami sekelas. Sampai lah masing-masing buat haluan sendiri. Aku ke teknik ipoh,dia ke teknik kerian. Masa nie lah kami dah makin jarang berjumpa.masa nie lah dia dah mula merokok. Sedih jugak aku,dia tejerumus ke kancah rokok jugak. Tapi ok la dari isap dadah. Lepas sekolah teknik,aku dengan dia dapat tempat belajar di kawasan yang sama. Dia dapat politeknik,aku uItm. Dia ambik sijil dan dia habis dulu. Sedang aku terkial-kial habiskan diploma aku,dia dapat keje kat Port Dickson.

-------------------------------------------------------------------------------

Tiga tahun berlalu. Aku masih terkial-kial mencari erti hidup. Dia dah pakai kereta.kereta waja. Gaji maintain tiap-tiap bulan. Dah Nampak apa yang dia cari dalam hidup. Tak macam aku. Kerja masih tak tetap. Kereta buruk. Hidup terkial-kial. Erti hidup masih samar. Aku secara jelas nye jealous dengan kehidupan dia. “rezeki dia awal” pujuk aku sendiri. Atau aku malas usaha?

Walaua apa pun, aku patut besyukur ke hadrat ilahi. Sekurang-kurangnya aku masih ada kerja. Masih ada tujuan hidup. Walaupun samar,aku patut beyukur.


------------------------------------------------------------------------------------


Banyak dah aku tak update pasal kawan aku. Kawan aku yang lagi sorang, Izwan, ambil sijil jugak di politeknik,kerja di Port Dickson juga,dah pakai kereta. Pakai Honda katanya. Yang mengejutkan aku, dia dah kawin. Kecewa jugak aku,tak dijemput. Tapi salah aku jugak hilang tak ada kabar berita. Dulu antara kami,izwan yang paling lambat ada awek,tapi penyudahnya dia bina masjid dulu.haha,dunia…dunia..


P/S: aku menulis sambil mendengar lagu “izinkan aku pergi” berulang-ulang kali.apahal?kecewa la beb….

kemaskini

Kemaskini…

Sindrom kemalasan melanda semula..banyak pekara dah aku tak update.

Sejak dari entry terakhir,aku bukan saja dapat meja. Aku jugak dapat sebuah kerusi,dan yang paling penting tugasan-tugasan. Akhirnya menjadi jugak aku seorang pekerja. Putaran kehidupan aku dah nampak macam perfect. Walaupun sebenarnya tak ada apa yang nak di banggakan. Aku lagi suka kehidupan lama aku. Kewangan aku,aku tentukan. Masa aku,aku tentukan.

Jauh dalam sudut hati aku,aku simpan niat yang dalam. Aku mahu kehidupan lama. Aku mahu membalas dendam kegagalan aku. Aku mahu buktikan, aku bukanlah LOSER.

Berbalik kepada kehidupan aku sekarang, walaupun aku bekerja, aku masih merasakan kebebasan. Cuma cengkaman kewangan saja yang agak memeritkan. Syukur, aku di temukan dengan kawan-kawan yang pemurah.

Sekarang, sudah lebih sebulan aku di sini. Banyak pekara yang aku belajar. Tapi, kebanyakannya tak mempunyai nilai komersial.

Monday, June 01, 2009

Hari ni,dah masuk bulan baru,Jun. So sekarang aku menanti gaji pertama aku. Sebagai penjawat kerajaan yang berstatus sambilan, Gaji aku hanya dijangka dapat pada 7hb ke atas. Balik dari kursus orientasi di termeloh hari tu,aku makin memahami kerjaya aku sekarang. Hari asyik bz nak buat clim...claim aku bernilai rm20 aja,tapi dia punya payah,cam haram..hahaha..pengalaman pertama aku..

Thursday, May 21, 2009

Khamis

Setelah 3 minggu di jabatan perangkaan..

aku dapat meja.hehe

Saturday, May 09, 2009

Hijrah..

Dalam perjalanan aku sebagai seorang khalifah di muka bumi ini,banyak 'hijrah' yang berlaku terhadap ku. Setiap hijrah semuanya bepaksikan perubahan dari buruk kepada yang lebih baik. Hijrah aku yang tebaru, aku berpindah dari Kota metropolitan yang hingar bingar ke tempat yang lebih sunyi,lebih teratur perjalanan trafiknya. Aku berhijrah kerana kerjaya. Dari seorang yang merdeka,menjadi seorang hamba. Bunyinya,macam perubahan dari baik kepada lebih buruk. Aku antara segolongan manusia yang terkena tempias kemelesetan ekonomi global. Sebagai seorang peniaga kecil-kecilan, aku mula mengerti kecetekan ilmu aku dalam bidang ini menyebabkan kegalalan aku. Aku tersungkur hingga tiada apa yang boleh aku harapkan. Syukur,aku masih berpeluang meneruskan kehidupan sebagai kuli. Kerjaya makan gaji bukan lah impian aku,tetapi demi meneruskan perjuagan hidup,aku gagahkan juga.

Sekarang,aku punya impian. Aku ingin impian aku menjadi kenyataan. Aku ingin behijrah lagi. Kali ini bukan dari satu mukim,ke mukim lain. Bukan dari satu daerah ke daerah lain. Aku juga sudah biasa berpindah dari sebuah negeri,ke negeri lain.sekarang, aku mengimpikan,aku dapat behijrah dengan jarak yang lebih jauh. Aku mahu behijrah ke luar negara. Itu lah impian aku. Aku harap,aku dapat realisasikan impian aku secepatnya.amin.

8 mei 2009 - Dulu,aku menunggu tarikh ini kerana sesuatu,sekarang tarikh ini cuma untuk ibuku, "Selamat hari ibu,mak" khas buat ibu ku, Umi Kalsom bt Hj Daud, Umi selamanya..

Wednesday, May 06, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

hari ini, buat pertama kali dalam hidup aku,aku ada punch card aku sendiri. Dulu aku penah ada punch card,masa belajar di UiTm. Tapi tu punch card untuk makan. Bukan untuk kerja. hehe. Time yang tertera masa aku punch card ialah 07.51 am. awal tuh. Ini hari pertama aku bekerja secara officially. Aku bekerja di Jabatan Perangkaan.ayat mudah banci. Lagi mudah, "kile olang". Syukur pada Allah,aku dapat juga jawatan ni. Dapat juga aku kerja di sektor awam. Walaupun hanya untuk status sambilan,tapi cukup bermakna bagi aku untuk mengutip pengalaman. Hari pertama aku di sini, tak ada apa-apa yang aku lakukan. Hanya sekadar mengisi borang, dan membaca buku. Pada jam 9.15 am,ada pulak time ng'teh. Best betul kerja sektor awam,rehat sesaja.jam 10.10 baru masuk pejabat semula. Jam 11.00,aku dan beberapa kawan baru,yang juga mendaftar hari ini,begerak ke KWSP Raub. sampai di sana,aku terkejut. Rupanya akuan KWSP aku 4 tahun lalu masih wujud. Kenangan aku masa bekerja 3 bulan di 7 Eleven di uptown damansara dulu. Setelah kawan-kawan aku selesai urusan dan berjaya mendapatkn no KWSP masing-masing,kami begerak semula ke bentong. sekitar jam 12.31 kami sampai di pejabat. jam 1.08 pm,aku dan kawan aku makan nasi ayam. mahal,rm 4.00. Macam harga di kolumpo. Kolumpo pun ada yang murah. Sekitar jam 2.10,aku masuk pejabat semula. sunyi jer pejabat. kebanyakan staff belum masuk. Typical Goverment..hehe. Tepat Jam 5.00 pm aku punch card aku sekali lagi.time kerja dah tamat. bermula hari ini,dan seterus nya, aku akan menjali satu babak kehidupan yang baru. Apakah ini jalan terbaik ku?

Friday, May 01, 2009

kerja..kerja...kerja

Opssss...sebelum terlupa

"SELAMAT HARI PEKERJA"

dan aku baru dapat kerja!

Apa rasional ujian rabun warna untuk ambik lesen?

Assalamualaikum.

Hari ke-3 beturut-turut aku update. Maybe pasnih,aku da jarang semula update. Start minggu depan aku dah mula sibuk semula. Petang tadi aku dapat pangilan dari pejabat operasi bentong, "minggu depan, 4/5 jagan lupa lapor diri". Itu lah kata akhir yang masih terngiang-ngiang dalam benak fikiran ku. Banyak pekara aku nak kene uruskan. Nak kene cari rumah sewa baru,byk pekara nak selesai kan disini. Entah, aku harap aku pilih jalan yang tepat. Aku tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Ini merupakan kali pertama setahu aku,aku bekerja secara official.

Thursday, April 30, 2009

sahabat istimewa

hari kedua beturut-turut aku update...tengah ada mood nak update katakan..hehe

pagi td...kul 2.45 pagi aku begegas ke kedai mamak yang berada kira2 20 meter dr tempat tinggal ku.aku kesana bkn nk melantak roti naan cheese mahupun tandoori,tapi sekadar melaksanakan hasrat di hati utk jamuan mata....hehe,tgk bola lah!.aku hanya meyarungkan sehelai baju dan berkain pelikat saja.beg duit,hp,psp suma aku x bawak.sesampai je,aku terus bedebo2...mana tidak nya...barcelona main macam harimau kene potong ekor...melilau dia menyerang.chelsea plak mcm penyu nk bertelor...tahan habis-habisan..

atas sebab aku best fren ngan mamak te,aku di hidang kan se tin 100 plus tanpa bayaran..hehe,minum free...sepanjang perlawanan tersebut,aku cukup gelisah.giler..serangan bertali arus perdana ria yang tak sudah2 dari pasukan barcelona.

di akhir perlawan aku lega sbb chelsea berjaya mengikat barcelona dgn kedudukan 0-0. walaupun perjuangan belum selesai,aku lega dengan keputusan ini.

di siang hari,aku mengetahui serba sedikit pasal hasrat aku melalui seorang kawan. banyak info yang aku tahu dari perbualan melalui yahoo massenger tersebut. aku jugak rasa gembira sebab aku dapat beborak dengan seseorang yang istimewa.lama sungguh kami tak beborak.

di sebelah petang,aku berjumpa dengan rakan kongsi aku berkenaan project kami yang masih tidak dimulakan.aku jugak menerima kedatangan wakil streamyx. buat masa sekarang aku dah tak layan berukband..x laju!hehehe..

sekian coretan aku buat masa nih...bila la agak nya aku nk mencoretkan kisah silam...hmmm

Wednesday, April 29, 2009

wahhhhh

assalamualaikum....

genap 4 bulan 29 hari aku x update sepatah haram pun kat blog nih...giler!

kalau ikut sistem telco2 di malaysia,cukup 3 bulan x top-up,terus terminate je servis..hehehe...nasib baik blog nih x ikut sistem tersebut..kalau x dah bekubur dah blog nih..

sepanjang tempuh berkabung aku nih...byk pekara telah berlaku...banyak benda yang aku nk cerita..tapi x tertaip...

semalam dan kelmarin...aku jd driver kepek dan din..kepek datang kl..ada kursus...pastuh dia ajak jumpa...kita org mkn stembot kat tupai2...best!puas makan...

semalam pulak kita org mkn di sss 24 shah alam...peserta program mkn2 mlm semalam ialah aku,kepek,din,kina,mk,giant..3 by 3..hehehe

ending entry..next time aku akan cerita lagi...tata