Thursday, May 21, 2009

Khamis

Setelah 3 minggu di jabatan perangkaan..

aku dapat meja.hehe

Saturday, May 09, 2009

Hijrah..

Dalam perjalanan aku sebagai seorang khalifah di muka bumi ini,banyak 'hijrah' yang berlaku terhadap ku. Setiap hijrah semuanya bepaksikan perubahan dari buruk kepada yang lebih baik. Hijrah aku yang tebaru, aku berpindah dari Kota metropolitan yang hingar bingar ke tempat yang lebih sunyi,lebih teratur perjalanan trafiknya. Aku berhijrah kerana kerjaya. Dari seorang yang merdeka,menjadi seorang hamba. Bunyinya,macam perubahan dari baik kepada lebih buruk. Aku antara segolongan manusia yang terkena tempias kemelesetan ekonomi global. Sebagai seorang peniaga kecil-kecilan, aku mula mengerti kecetekan ilmu aku dalam bidang ini menyebabkan kegalalan aku. Aku tersungkur hingga tiada apa yang boleh aku harapkan. Syukur,aku masih berpeluang meneruskan kehidupan sebagai kuli. Kerjaya makan gaji bukan lah impian aku,tetapi demi meneruskan perjuagan hidup,aku gagahkan juga.

Sekarang,aku punya impian. Aku ingin impian aku menjadi kenyataan. Aku ingin behijrah lagi. Kali ini bukan dari satu mukim,ke mukim lain. Bukan dari satu daerah ke daerah lain. Aku juga sudah biasa berpindah dari sebuah negeri,ke negeri lain.sekarang, aku mengimpikan,aku dapat behijrah dengan jarak yang lebih jauh. Aku mahu behijrah ke luar negara. Itu lah impian aku. Aku harap,aku dapat realisasikan impian aku secepatnya.amin.

8 mei 2009 - Dulu,aku menunggu tarikh ini kerana sesuatu,sekarang tarikh ini cuma untuk ibuku, "Selamat hari ibu,mak" khas buat ibu ku, Umi Kalsom bt Hj Daud, Umi selamanya..

Wednesday, May 06, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

hari ini, buat pertama kali dalam hidup aku,aku ada punch card aku sendiri. Dulu aku penah ada punch card,masa belajar di UiTm. Tapi tu punch card untuk makan. Bukan untuk kerja. hehe. Time yang tertera masa aku punch card ialah 07.51 am. awal tuh. Ini hari pertama aku bekerja secara officially. Aku bekerja di Jabatan Perangkaan.ayat mudah banci. Lagi mudah, "kile olang". Syukur pada Allah,aku dapat juga jawatan ni. Dapat juga aku kerja di sektor awam. Walaupun hanya untuk status sambilan,tapi cukup bermakna bagi aku untuk mengutip pengalaman. Hari pertama aku di sini, tak ada apa-apa yang aku lakukan. Hanya sekadar mengisi borang, dan membaca buku. Pada jam 9.15 am,ada pulak time ng'teh. Best betul kerja sektor awam,rehat sesaja.jam 10.10 baru masuk pejabat semula. Jam 11.00,aku dan beberapa kawan baru,yang juga mendaftar hari ini,begerak ke KWSP Raub. sampai di sana,aku terkejut. Rupanya akuan KWSP aku 4 tahun lalu masih wujud. Kenangan aku masa bekerja 3 bulan di 7 Eleven di uptown damansara dulu. Setelah kawan-kawan aku selesai urusan dan berjaya mendapatkn no KWSP masing-masing,kami begerak semula ke bentong. sekitar jam 12.31 kami sampai di pejabat. jam 1.08 pm,aku dan kawan aku makan nasi ayam. mahal,rm 4.00. Macam harga di kolumpo. Kolumpo pun ada yang murah. Sekitar jam 2.10,aku masuk pejabat semula. sunyi jer pejabat. kebanyakan staff belum masuk. Typical Goverment..hehe. Tepat Jam 5.00 pm aku punch card aku sekali lagi.time kerja dah tamat. bermula hari ini,dan seterus nya, aku akan menjali satu babak kehidupan yang baru. Apakah ini jalan terbaik ku?

Friday, May 01, 2009

kerja..kerja...kerja

Opssss...sebelum terlupa

"SELAMAT HARI PEKERJA"

dan aku baru dapat kerja!

Apa rasional ujian rabun warna untuk ambik lesen?

Assalamualaikum.

Hari ke-3 beturut-turut aku update. Maybe pasnih,aku da jarang semula update. Start minggu depan aku dah mula sibuk semula. Petang tadi aku dapat pangilan dari pejabat operasi bentong, "minggu depan, 4/5 jagan lupa lapor diri". Itu lah kata akhir yang masih terngiang-ngiang dalam benak fikiran ku. Banyak pekara aku nak kene uruskan. Nak kene cari rumah sewa baru,byk pekara nak selesai kan disini. Entah, aku harap aku pilih jalan yang tepat. Aku tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Ini merupakan kali pertama setahu aku,aku bekerja secara official.