Thursday, June 25, 2009

2 ENTRY...

Selasa

Damm!! Aku kene lagi….wa kene beb!

---------------------------------------------------------------

Balik dari Raub, aku menumbuk-numbuk stereng kereta sambil mulut penuh makian…huh!!



Rabu

Pagi-pagi lagi aku dah ke Kuala Lumpur. Aku ada misi penting, sampai awal,lega sikit. GH mana penah sepi. Karang mau 2-3 jam aku sangkut kat sana.

“wad ortamologi kat mana?” Tanya aku sambil mata meliar tengok sing paper bertulis “Saringan H1N1” di serata tempat.

“nie kat atas bukit sana,kat wad kecemasan” jawap brader berbaju serba biru dan bertopeng mulut. Mulut dia berbau barangkali.haha

Dari wad kecemasan,aku bertanya lagi. Dekat café, kene naik tangga. Wad tue kat area-area situ la. Akhirnya sampai jugak aku destinasi yang aku cari.

Bila sampai di kuanter,aku hulurkan sehelai kertas. Lepas brader tue tgk, dia suruh aku pergi ambil surat rujukan. Aku akur. Aku turun. Aku ambil nombor giliran. Aku tunggu,aku ambik surat rujukan. Dengan hati berbunga,aku pergi semula ke wad terebut.

“ni kita set appoiment jumaat nie yer. Datang pukul 8 pagi. Paling lewat 10 pagi.”

Hati aku terbakar. Sial. Lahabau. Hamlau. Kamlau. Apal tadi tak cakap awal-awal? Apsal payah sangat? Aku bukan nak mintak kene laser kat mata pun. Aku nk wat checking mata aja. *^&%^&%@&^%@* %^&%$$#%#* *&*^&^#.

Puas aku maki. Tapi hati aku sakit. Dah la pokai. Dia igt kl-bentong dekat hapa. Huh!!

Monday, June 22, 2009

Kejuruteraan Gampang







Lepas solat magrib aku layan lagu cina yang aku copy dari cd kawan aku. Bila aku pasang telibisen, aku bedepan kekecewaan kerana mendapat siaran yang sangat tidak jelas. Betitik tolak dari itu lah aku memulakan operasi Kejuruteran Gampang.

Setelah di belek-belek,aku dapati arial aku mengalami keputusan wayar. Setelah menjalakan pembedahan yang serupa orang x de pendidikan, hasil nya agak memuaskan hati.

Wayar astro aku sambung dengan wayar bumi aku sambung dengan wayar asal arial aku. Dan hasilnya? Sunguh mengharukan.. hahaha.. aku Berjaya melihat kangaroo jack. Apa cite? Hahahaha

pamit...

Broery Marantika – Pamit (Selamat Tinggal)

ijinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu

memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani

reff: selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
hanya pesanku
jangan lupa kirimkan kabarmu

bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita

sayang, walau kebersamaan kita hanya sesaat
namun kau tetap bagian dari jiwaku
kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
semoga kelak kita dapat bersatu lagi

repeat reff

Friday, June 19, 2009

rajin

Terlalu rajin update blog pulak.

Hahaha….ada ada aja…time malas,tiga bulan tak update pun ada. Time rajin, 3,4 entry sekaligus pun boleh. Aku sebenar nya tak dapat nak tidur. Nak on internet, berukband macam &%$%#. Duduk kampung kan..adat la. Kat pecan sket dapat la line 3G yang di duk banga-banga-bangla sangat. Jadi, oleh sebab nak isi masa bosan aku yang sepi ni, aku tulis la apa yang aku nak merapu. Besok aku upload la.

Balik dari sungai koyan tadi,aku rasa macam nak demam. Selsema pun teruk. Hidung berair,mata merah,tekak perit. Aku solat,aku terus tido. Bangun tue, demam tak kebah lagi. Aku tak nak makan ubat. Bukan sebab ubat tak ada. Tapi aku nak elak dari badan aku bergantung harap pada ubat. Nanti badan aku lemah nak lawan penyakit. Itu kata mak aku. Mak aku bukan doctor, dukun pun bukan. Tapi aku rasa ada benarnya. Demam takat sikit-sikit tak payah makan ubat. Time aku menaip ni, demam aku dah makin ok. Selsema saja masih ada sikit-sikit,tapi sebijik dadah(ubat) pun aku tak telan. Syukur.

Sedikit lirik dari lagu yang aku dengar ulang kali sejak dari tadi..

“Selamat tinggal,
Ku doa kan..
Kau selalu bahagia..
Hanya pesan ku..
Jangan lupa..
Kirimkan kabarmu…”

p/s: touching tul…hahaha..

kerja aku

Kerja aku.

Kerja aku macam penyelia. Apa kerja anak buah,aku selia. Yang tak betul, aku tegur. Nak aku betul kan?kim salam..haha

Kerja aku nie kadang-kadang main arah-arah je. Kadang-kadang aku buat sendiri. Aku di tempatkan dalam seksyen penyiasatan pelancongan. Tapi tak melancong sangat la. Tadi 1st time aku ke sungai koyan. Nyaris sampai lipis. Aku ke sini sebab nak tengok site. Aku kene pastikan tiada rumah responden yang kosong terpilih untuk siasatan bulan depan. Jauh nye sungai koyan nie boleh tahan. Kalo tengok bola,dah abis dah. Jalan kecik. Lori balak besepah. Road block lagi,budak belajar memandu serta kereta aku yang tak boleh laju-laju menyebabkan pejalanan ini terasa jauh. Sampai di sungai koyan,aku ke sg koyan 3. aku rasa seronok tengok kehidupan penduduk di sini. Tenang.aman.damai.sentosa. tak ada apa yang nak di kejar. Ada yang usahakan ternakan lampam,keli afrika,tilapia. Ada yang bela kijang. Tanam cili,serai terung dan macam-macam lagi. Itu tak masuk yang menorah,petik sawit dan macam-macam. Jiran-jiran saling kenal mengenali. Mudah kerja aku. Tanya aja jiran,dapat la jawapan.

Semua nie sifat semulajadi manusia. Dah duduk Bandar,mau duduk kampung. Mau tenang. Yang di kampung, bosan. Mau pergi bandar. Mau havoc. Mau tengok lampu-lampu klcc. Satu je. Manusia mana pernah besyukur.haha…

p/s: kampung atau bandar..mana best?

kawan

Di suatu petang yang bosan.
Pada jam sekitar 6.22 pm.
Di sebuah kedai yang di gelar “kedai buluh”,bentong.
Di hadapan segelas sanquick ais yang mengiurkan.

Aku mencapai hp aku dan mencari-cari didalam senarai phone book,

“aa,ini orang sudah lama senyap,call beliau lah” getus hati aku.

“hello..”kata aku.

“yer…”jawap beliau manja.

“ni shafri kan?”aku pura-pura tanya.

“yer..sape nie?”Tanya beliau.

“ko tak kenal aku ke?”suara aku tinggi sedikit.

“err…syafa ker?”beliau meneka.

@##$! ko! No telepon awek ko simpan. %#@@#...@#@#@#...&%#%^… ##$% maki aku bertubi-tubi.

Hahaha… lama betul aku dah berborak dengan dia..lagi lama aku dah x jumpa dia. Shafri nie aku ketegorikan sebagai best fren aku. Dia nie aku kenal masa sekolah menengah kat setiawan dulu. Dia asal budak felcra,lepas bapak dia pencen, dia pindah ke kg serdang. Dia nie aku ketegorikan hensem dan berbadan sedap serta tegap. Dulu kami sekelas. Sampai lah masing-masing buat haluan sendiri. Aku ke teknik ipoh,dia ke teknik kerian. Masa nie lah kami dah makin jarang berjumpa.masa nie lah dia dah mula merokok. Sedih jugak aku,dia tejerumus ke kancah rokok jugak. Tapi ok la dari isap dadah. Lepas sekolah teknik,aku dengan dia dapat tempat belajar di kawasan yang sama. Dia dapat politeknik,aku uItm. Dia ambik sijil dan dia habis dulu. Sedang aku terkial-kial habiskan diploma aku,dia dapat keje kat Port Dickson.

-------------------------------------------------------------------------------

Tiga tahun berlalu. Aku masih terkial-kial mencari erti hidup. Dia dah pakai kereta.kereta waja. Gaji maintain tiap-tiap bulan. Dah Nampak apa yang dia cari dalam hidup. Tak macam aku. Kerja masih tak tetap. Kereta buruk. Hidup terkial-kial. Erti hidup masih samar. Aku secara jelas nye jealous dengan kehidupan dia. “rezeki dia awal” pujuk aku sendiri. Atau aku malas usaha?

Walaua apa pun, aku patut besyukur ke hadrat ilahi. Sekurang-kurangnya aku masih ada kerja. Masih ada tujuan hidup. Walaupun samar,aku patut beyukur.


------------------------------------------------------------------------------------


Banyak dah aku tak update pasal kawan aku. Kawan aku yang lagi sorang, Izwan, ambil sijil jugak di politeknik,kerja di Port Dickson juga,dah pakai kereta. Pakai Honda katanya. Yang mengejutkan aku, dia dah kawin. Kecewa jugak aku,tak dijemput. Tapi salah aku jugak hilang tak ada kabar berita. Dulu antara kami,izwan yang paling lambat ada awek,tapi penyudahnya dia bina masjid dulu.haha,dunia…dunia..


P/S: aku menulis sambil mendengar lagu “izinkan aku pergi” berulang-ulang kali.apahal?kecewa la beb….

kemaskini

Kemaskini…

Sindrom kemalasan melanda semula..banyak pekara dah aku tak update.

Sejak dari entry terakhir,aku bukan saja dapat meja. Aku jugak dapat sebuah kerusi,dan yang paling penting tugasan-tugasan. Akhirnya menjadi jugak aku seorang pekerja. Putaran kehidupan aku dah nampak macam perfect. Walaupun sebenarnya tak ada apa yang nak di banggakan. Aku lagi suka kehidupan lama aku. Kewangan aku,aku tentukan. Masa aku,aku tentukan.

Jauh dalam sudut hati aku,aku simpan niat yang dalam. Aku mahu kehidupan lama. Aku mahu membalas dendam kegagalan aku. Aku mahu buktikan, aku bukanlah LOSER.

Berbalik kepada kehidupan aku sekarang, walaupun aku bekerja, aku masih merasakan kebebasan. Cuma cengkaman kewangan saja yang agak memeritkan. Syukur, aku di temukan dengan kawan-kawan yang pemurah.

Sekarang, sudah lebih sebulan aku di sini. Banyak pekara yang aku belajar. Tapi, kebanyakannya tak mempunyai nilai komersial.

Monday, June 01, 2009

Hari ni,dah masuk bulan baru,Jun. So sekarang aku menanti gaji pertama aku. Sebagai penjawat kerajaan yang berstatus sambilan, Gaji aku hanya dijangka dapat pada 7hb ke atas. Balik dari kursus orientasi di termeloh hari tu,aku makin memahami kerjaya aku sekarang. Hari asyik bz nak buat clim...claim aku bernilai rm20 aja,tapi dia punya payah,cam haram..hahaha..pengalaman pertama aku..