Sunday, February 21, 2010

Sudut Sihat Bersama Saya 1

Salam 1 Malaysia (Propaganda politik)

Sejak aku mula rajin memberus gigi,aku suka menyental gigi dengan sekuat hati. Aku berbuat demikian oleh kerana menginginkan gigi putih seperti model-model iklan colgate dan darlie. Tragis bukan? Akibat perbuatan ini,aku sering menderita gusi bedarah. Tapi aku sangkakan pekara ini normal


***


Setelah belasan tahun pekara ini berlalu,baru lah aku rasa risau. Mana taknya,asal gosok gigi je,bedarah. Paling menakutkan,aku kumur pun boleh keluar darah. Setelah me riki-riki dalam internet, aku tak jumpa jawapan yang pasti untuk mengubati penyakit aku ni. Nak jumpa doktor gigi? Mungkin tidak sebab aku tak tahan dia punya nyilu. Last aku pergi jumpa doktor gigi masa aku sekolah rendah. Itu pun terpaksa. Kerajaan punya kerja. Tapi bagus sebenarnya, demi kesihatan. Start sekolah menengah sampai sekarang aku tak pernah jumpa doktor gigi.

Seteleh merasakan aku berada di tahap kritikal, aku mengambil keputusan untuk berubat sendiri. Bukan dengan cara memakan sireh mahupun menghuyah chwuingum, aku nekad membeli ubat gigi SENSODYNE + berus gigi COLGATE 360 ultra soft dan berkumur mengunakan LISTERINE, Alhamdulillah, aku tidak lagi mengalami gusi bedarah.

Kalau aku tahu yang iklan SENSODYNE selama ini tak menipu, dah lama aku pakai. Sekian saya berkongsi rahsia kesihatan bersama anda. Macam haram! Hahaha

Saturday, February 20, 2010

Update & Upload

Salam 1 Malaysia...

keh keh keh..

Dah seminggu 2 aku tak update.alsannya,aku tak jumpa cable telefon n73. Jadi ia membantut kan kerja-kerja meng upload gambar-gambar aktiviti aku sepanjang seminggu 2 ni. aku ada melakukan percutian solo di air terjun lentang dan melihat sambutan tahun baru cina. Tapi kerana aku masih tak jumpa cable,aku tak dapat upload. So,aku update saje la sepatah 2 kata. Malam ni,Chelsea lawan Wolve,jom saksikan perlawan ini di astro sport pakage.Pukul 11 malam.

Ok,daa....

Monday, February 08, 2010

Sempit Wang

Semalam aku isi minyak dekat stesen minyak shell. Duit dah la makin bekurang,tapi hal minyak kereta aku tak boleh kompromi. Bahaya besar pasal meter minyak kereta aku 'weng' sikit. Aku bagi rm30 bersama bonus link dekat kuanter minyak yang di kendalikan oleh seorang bangladesh. Dia bagi resit beserta borang menang juta-juta. Entah bila la aku merasa nak menang. Dengan penuh harap,aku isi borang itu dan aku masukkan ke dalam tong peraduan. Aku tak mintak banyak,kalau menang rm300 pun aku dah puas hati. Tapi rezeki aku tak sampai lagi kot.

Kemudian,aku teruskan dengan niat sebenar aku di stesen minyak. Aku isi minyak dan sambil menunggu,aku lap cermin kereta. Tak sampai rm 30,minyak dah full. Aku picit ngam-ngam kasi rm 25. Lega rasa kalau minyak dah full,senang hati sikit kalau nak berlumba dekat lebuhraya sekejap lagi.hahaha.

Sedang aku cuba mendapatkan kembali rm 5 aku dari bangladesh tadi,ada sorang amoi pakai BMW 5 series. Dia keluarkan kupon minyak rm20 dan wang kertas rm 10. Dia mintak dunhill light 20 batang sekotak.dia keluarkan lagi syilin rm 0.30 sebab rokok sekotak rm 9.30. Pakai BMW 5 series,isi minyak pakai kupon rm20? Apa cerita? Sempit duit ke? Dan yang paling sadis,mat bangladeh tu tak terima kupun tu sebab kupon tue di peroleh dari stesen minyak shell yang lain. Kata mat bangla tu,hanya stesen minyak yang berkenaan saja yang boleh terima kupon tu. Dan bertambah sadis,amoi tu boleh betekak nak isi minyak juga pakai kupon rm20 tu. Kesian betul aku tengok. Setelah memperolehi rm5 aku,aku memecut laju tanpa mempedulikan kesudahan drama amoi dan bangla tu.

Aku sampai di mod's hartamas ngam-ngam time kick off. dan kesudahannya,chelsea menang 2-0. senyum terukir ketika perjalanan pulang ke rumah :)

Tuesday, February 02, 2010

Februari 2010

Salam.

Hari ni dah masuk 2 bulan aku di kategorikan sebagai jobless. Sungguh bosan dan memalukan. Penat jugak aku cari kerja. Sekarang sumber pendapatan aku adalah dari perniagaan bio-tech yang baru aku ceburi. Tak balik modal pun lagi,tapi alhamdulillah,sambutan dah bertambah. Kalau korang berminat,korang baca kat blog ni.

Buat masa ni,ini je yang aku nak kongsikan..