Monday, March 19, 2007

Penjelasan Terbaik...

Satu penjelasan terbaik kenapa Allah memberi kesakitan dan penderitaan seperti yang telah kita lihat sekarang;

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambutnya..apa bila barber itu mulakan tugasnya,mereka pun berborak berbagai perkara.

Tapi bila mereka berborak mengenai ALLAH,barber itu pun berkata "saya tak percaya ALLAH itu wujud"

Lelaki itu jelas tersentak dengan kata-kata barber itu lantas berkata "kenapa kamu berkat begitu"

"Cuba kamu keluar di tengah jalan dan tunjukkan pada saya bahawa ALLAH itu wujud.kalau betul ALLAH wujud,dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ini.saya tak dapat bayangkan ALLAH yang maha penyayang boleh benarkan semua ini berlaku".

Si lalaki itu pun berfikir sejenak.tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu mememulakan pertengkaran.selepas barber itu menghabiskan tugasnya,si lelaki itu pun beredar.

Selepas beberapa langkah, si lelaki itu ternampak seorang lelaki berambut panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus. si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai barber tadi dan berkata,"kamu tahu tak yang barber itu jugak tidak wujud"

"kenapa kamu berkat bergitu sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi"kata barber.

"tidak!!" kata si lelaki tadi."kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yang rambut panjang tidak terurus dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu"

"ah! barber memang wujud!lelaki tu jadi macam itu sebab dia tak datang pada saya untuk saya gunting rambutnya"jela barber itu.

"tepat sekali!".kata si lelaki tadi

"that's the point! ALLAH juga wujud. itulah yang terjadi(keperitan & penderitaan)jika manusia tidak mengigatiNya dan kembali padaNya untuk memohon pertolongan"

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

yes, orang pertama bagi komen. saya nak linkkan blog ni ngan blog aku boleh tak? nanti saya letakkan link blog ni kat ceritapelik. Ombak pon kenalah letakkan link ceritapelik kat sini. Kita boleh bina Blogroll yg besar!!

salam