Saturday, March 12, 2016

Setelah bertahun....

Assalamualaikum... Setelah beberapa tahun aku tak update sebarang pekara di dalam blog ini, hari ini, 12 March 2016, bersamaan 3 Jamadilakhir 1437 Hijrah aku meluangkan masa untuk menggerakkan jari jemari menaip sesuatu. Dalam beberapa tahun ini, banyak perkara hebat telah berlaku. Setelah mendirikan rumah tangga selama hampir 5 tahun, kami akhirnya di kurniakan seorang puteri bernama Aysaara Syafiyya yang selamat dilahirkan pada 23 Februari 2016. Aku sangat bersyukur dengan kehadiran cahaya mata ini. Dan tahun ini merupakan tahun ke-6 aku memberi perkhimatan di Honda Malaysia Sdn Bhhd. Satu rekod baru bagi aku kerana boleh bertahan disini selama ini. Hehehehe... Tapi aku masih menyimpan hasrat untuk berhenti dan memulakan perniagaan restoran. Insya Allah, 1 hari nanti. Bulan November 2015 pula menemukan aku denga 1 komuniti yang digelar monster yang di lahirkan oleh Pok DIn Empire Sdn Bhd. Dari apa yang aku lihat, satu hari nanti, komuniti ini akan berjaya melahirkan ramai usahawan-usahawan yang hebat. Komuniti ini sangat positif. Aku bersyukur kerana mengenali mereka. Banyak lagi perkara yang berlaku. Tapi cukup lah sekadar sampai disini dulu coretan aku.. Wasalam..

No comments: