Saturday, May 09, 2009

Hijrah..

Dalam perjalanan aku sebagai seorang khalifah di muka bumi ini,banyak 'hijrah' yang berlaku terhadap ku. Setiap hijrah semuanya bepaksikan perubahan dari buruk kepada yang lebih baik. Hijrah aku yang tebaru, aku berpindah dari Kota metropolitan yang hingar bingar ke tempat yang lebih sunyi,lebih teratur perjalanan trafiknya. Aku berhijrah kerana kerjaya. Dari seorang yang merdeka,menjadi seorang hamba. Bunyinya,macam perubahan dari baik kepada lebih buruk. Aku antara segolongan manusia yang terkena tempias kemelesetan ekonomi global. Sebagai seorang peniaga kecil-kecilan, aku mula mengerti kecetekan ilmu aku dalam bidang ini menyebabkan kegalalan aku. Aku tersungkur hingga tiada apa yang boleh aku harapkan. Syukur,aku masih berpeluang meneruskan kehidupan sebagai kuli. Kerjaya makan gaji bukan lah impian aku,tetapi demi meneruskan perjuagan hidup,aku gagahkan juga.

Sekarang,aku punya impian. Aku ingin impian aku menjadi kenyataan. Aku ingin behijrah lagi. Kali ini bukan dari satu mukim,ke mukim lain. Bukan dari satu daerah ke daerah lain. Aku juga sudah biasa berpindah dari sebuah negeri,ke negeri lain.sekarang, aku mengimpikan,aku dapat behijrah dengan jarak yang lebih jauh. Aku mahu behijrah ke luar negara. Itu lah impian aku. Aku harap,aku dapat realisasikan impian aku secepatnya.amin.

8 mei 2009 - Dulu,aku menunggu tarikh ini kerana sesuatu,sekarang tarikh ini cuma untuk ibuku, "Selamat hari ibu,mak" khas buat ibu ku, Umi Kalsom bt Hj Daud, Umi selamanya..

6 comments:

sha83@kaizer said...

hai beldi...
sha ucpkan selamat hari ibu gak wt ibu awak...

dh baca tak blog http://sha83kaizer.blogspot.com/ sempena kisah hari ibu...

semoga impian beldi tercapai...

amiin...
insyaAllah

wawashauqi said...

-jangan ketepikan orang lain kerana cita2.
-tinggi mana kita berada, ingat asal tapak kaki kita berpijak.
-berbaik sentiasa dgn org walaupon org tsebut mnyakiti kita
tu pesan mak aku. slamat berkongsi dan smoga berjaya dgn apa yg diimpi

mizu_sama said...
This comment has been removed by the author.
mizu_sama said...

thanks sha..thanks wawa..

Anonymous said...

u mmg pandai menulis & menyusun kata-kata.kalau boleh nk invite jd penulis part time.mcmn nk contact u.tq

Anonymous said...

susunan kata yg baik.u mmg pandai menulis ada bakat.