Monday, February 08, 2010

Sempit Wang

Semalam aku isi minyak dekat stesen minyak shell. Duit dah la makin bekurang,tapi hal minyak kereta aku tak boleh kompromi. Bahaya besar pasal meter minyak kereta aku 'weng' sikit. Aku bagi rm30 bersama bonus link dekat kuanter minyak yang di kendalikan oleh seorang bangladesh. Dia bagi resit beserta borang menang juta-juta. Entah bila la aku merasa nak menang. Dengan penuh harap,aku isi borang itu dan aku masukkan ke dalam tong peraduan. Aku tak mintak banyak,kalau menang rm300 pun aku dah puas hati. Tapi rezeki aku tak sampai lagi kot.

Kemudian,aku teruskan dengan niat sebenar aku di stesen minyak. Aku isi minyak dan sambil menunggu,aku lap cermin kereta. Tak sampai rm 30,minyak dah full. Aku picit ngam-ngam kasi rm 25. Lega rasa kalau minyak dah full,senang hati sikit kalau nak berlumba dekat lebuhraya sekejap lagi.hahaha.

Sedang aku cuba mendapatkan kembali rm 5 aku dari bangladesh tadi,ada sorang amoi pakai BMW 5 series. Dia keluarkan kupon minyak rm20 dan wang kertas rm 10. Dia mintak dunhill light 20 batang sekotak.dia keluarkan lagi syilin rm 0.30 sebab rokok sekotak rm 9.30. Pakai BMW 5 series,isi minyak pakai kupon rm20? Apa cerita? Sempit duit ke? Dan yang paling sadis,mat bangladeh tu tak terima kupun tu sebab kupon tue di peroleh dari stesen minyak shell yang lain. Kata mat bangla tu,hanya stesen minyak yang berkenaan saja yang boleh terima kupon tu. Dan bertambah sadis,amoi tu boleh betekak nak isi minyak juga pakai kupon rm20 tu. Kesian betul aku tengok. Setelah memperolehi rm5 aku,aku memecut laju tanpa mempedulikan kesudahan drama amoi dan bangla tu.

Aku sampai di mod's hartamas ngam-ngam time kick off. dan kesudahannya,chelsea menang 2-0. senyum terukir ketika perjalanan pulang ke rumah :)

No comments: