Sunday, November 09, 2008

Hari Minggu Yang Jauh

Sebelum aku melalui hari minggu yang jauh,aku ada benda yang aku nk ceritakan,hari tengah minggu yang singkat.haha

Pada hari rabu yang lalu,aku telah menghadirkan diri untuk perjumpaan di restoran mamak al-esfan. Perjumpaan ini walaupun dilakukan dalam suasana gelap,namun ianya bukanlah persatuan kongsi gelap. Selepas beborak serangkap dua,aku dengan tergamam nya melihat ahli-ahli kelab bertukar-tukar steering seperti betukar selipar. Plug N Play je. Selaku nebis(newbie) wajib la aku tergamam.

Steering yang bertukar dr 5 kaki ke 4 kaki. Aku mintak la pendapat ahli yang senior, macam mana nak tukar steering aku. Bila diorang tengok je steering aku,tergamam pulak diorang. Biasa la. Barang klasik. Steering aku ada 1 kaki saja. Steering lama. Ada jugak yang berminat. OK. Cerita hari tengah minggu selesai.

Pada hari Jumaat lepas, aku telah mengikuti jemputan abang aku ke ipoh. Dia nak hadiri majlis konvekesyen. Gila. Dah 2 tahun tamat belajar, dah kahwin, bini pun dah nak beranak, baru nak konvo? Masing-masing punya cara la kan. Pelik kementerian dia. Majlis di buat pada hari sabtu di Bangunan Darul Ridzuan. Kami pergi ke ipoh pada hari jumaat sebab abang aku nak ambik jubah dia.

Lepas ambil jubah,kami begerak ke Lumut. Lepas makan ABC Special, abang aku dak kak ipar bermalam di Venice of Perak. Aku pulak bermalam di dalam kereta sahaja. Haha. Bujang la katakan.

Esoknya, jam 6.30 pagi kami dah begerak ke Ipoh. Yang turut hadir majlis konvo abang aku ialah ayah, mak, abag long, kak long, camelia(anak buah), abang ngah,kak ngah, fydzarul(anak buah). Ramai juga. Lepas habis majlis, kami ke Telok Batek. Best juga mandi laut, da lama tak mandi air masin.

Tapi Telok Batek dah tak se best dulu. Air dia semacam berminyak( awek2 pun dah sikit..haha). Sudah mandi,badan aku macam gatal-gatal. Nasib la tak serius sangat.

Setelah singgah di beberapa rumah kawan ayah aku di sekitar setiawan dan lekir, kami pun bertolak pulang ke KL. Selaku penumpang, aku sekadar membuat taik mata sahaja di belakang tanpa sedikit pun memikirkan pola perjalanan.

Hari ini(ahad, 9 nov) aku dah ada perancangan. Petang ni, aku nak ke Mid Velly. Nak sambar apa2 peluang yang boleh di sambar. Malam nak ke modesto. Nak sambar kad club. Pagi(isnin) nak ke bentong, kemudian ke kuala terengganu, kemudian balik ke KL. Wah, menarik betul hidup aku, kedai pun aku tak bukak... Habislah...Ho Ho






nyum nyum

No comments: