Monday, November 03, 2008

Hari minggu yang letih( Tapi Enjoy!!)

Tepat jam 3.30 petang,aku naiki bas yang mempunyai kapasiti 40 org telah berjaya di isi seramai 10 orang(termasuk driver). Memang aku dah jangka,die hard fan Chelsea memang sikit. Tapi apa aku peduli,haha. Segala perjalanan dan penginapan adalah percuma. Best betul.

Malam tu,sebelum game Chelsea, aku try la masuk rumah hantu. Ceh,poyo je hantu-hantu kat rumah hantu tu. Tak hantu langsung. Ingat seram sangat, tak thrill langsung. Apa kelas hantu sergah mangsa? Hantu wujud secara pelahan-lahan dan menakutkan. Ini macam hantu kampung aja, main jerit-jerit. Lepas kekecewaan bersama hantu-hantu, aku begegas ke lokasi yang ditentukan, game on babeh! Sedang asyik melihat pesta(gol) ada satu amoi tanya aku, "mau beer ka?". Citt! Tanya la,mau teh tarik ke,boleh jugak aku oder segelas dua. Malam tu,aku tido pukul 3 pagi. Letih.

Jam 6.30 aku dah bangun. Lepas tu,aku dah tak boleh tidur. Kemudian, aku telah ke cafe dengan membawa perut kosong untuk aktiviti makan nasi lemak + coco crunch + telur separa masak + hot dog + buah oren dan tembikai serta susu yang di didapi secara percuma. Setelah itu, aku telah membuang duit(rugi betul) dengan membeli tiket all park. Aku cuba menakutkan diri dengan bermain acara-acara yang thrill,tapi gagal.

Dalam jam 3 petang, aku bertolak pulang dengan menaiki sky way. Bas free telah tinggalkan aku pada jam 12 tengah hari. Saat ini bermulah detik penat aku. Bermula dengan tiket bas yang hanya ada pada pukul 6.30 petang, aku amat kepenatan kerana menunggu. Dan, buat pertama kalinya, baru aku tau yang Pasarakyat tiada kena mengena dengan Plaza rakyat. Letih juga menapak dari pasarakyat ke stesyen monorail sambil meredah hujan yang sedang-sedang lebat. Sampai di KL Sentral, aku tekejut gaban bila melihat kereta aku beralih kedudukan.

Pelik bin ajaib. Macam mana diaorang boleh ubah kereta aku tanpa sebarang kecederaan nyata terhadap kereta aku. Surat 'cinta' pun tak kelihatan. Lepas meneliti sesaat dua,aku yakin kereta aku dalam keadaan standart, aku terus ke bangi dan kemudian nya pulang ke sentul. Kereta aku macam biasa, tiada tanda-tanda dicederakan. Misteri kereta aku beralih arah terus begitu tanpa jawapan pasti.

Sampai rumah dalam jam 10 lebih. Aku sangat letih dan tidur.

No comments: