Tuesday, November 11, 2008

Isnin...

Isnin aku bermula awal. Kalau ikut jam tentera, aku mulakan isnin yang penat seawal jam 0003. Pada masa berkenaan, aku berada di tol gombak. Destinasi aku, Bentong. Jam 0025, aku dah sampai di Bentong. Malam nie, sekatan jalan raya tak pulak ada. Bentong, macam pekan-pekan lain pastilah sunyi. Aku terus ke Taman Kolej. Taman ni, tak la macam namanya. Tak ada pun kolej kat taman ni. Nama aja gempak. Sampai di rumah kawan aku, kelibat Neo nya tiada. "Mesti lepak dekat kedai buluh" detik hatiku berkata. Jangkaan aku tepat. Memang dia ada di situ. Selepas perkena nescafe 'o', kononnya nak berjaga dan beborak sambil melayan cerita 'orang minyak' kami mulakan perjalan ke kuala terengganu sekitar jam 0115. Perjalanan kali ni lain dari yang aku lalui sebelum ni. Kawan aku memilih jalan kampung. Aku layankan aja. Perjalanan kali ini baru pada aku. Sebelum ni, aku tak pernah lalu pecan karak. Dapat jugalan aku pengalaman baru ni. Aku sampai di kg chendor di kemaman pada jam 0515. Setelah selesai minum pagi dan menunaikan solat subuh, perjalan di teruskan. Jam 0715 kami tiba di masjid terapung. Kononnya nak berenti mandi. Tapi pengurusan masjid tak benarkan. Bilik air di kunci. Sudahnya kami mandi di bilik air sebelah masjid tersebut. Kadarnya agak mahal. Rm 1.50 sekali mandi. Pandai sungguh diorang menjana ekonomi. Aku sampai di hospital kuala terengganu jam 0920. Satu pekara yang tak disangka berlaku. Kawan aku boleh silap tengok jadual meeting…

Kepala pening. Aku tak mampu menaip lagi. Sambung di kemudian hari

1 comment:

JuiCe said...

KO GI KEMAMAN TAK BGTAU AKU PONNN..KG AKU TUH