Friday, June 19, 2009

kemaskini

Kemaskini…

Sindrom kemalasan melanda semula..banyak pekara dah aku tak update.

Sejak dari entry terakhir,aku bukan saja dapat meja. Aku jugak dapat sebuah kerusi,dan yang paling penting tugasan-tugasan. Akhirnya menjadi jugak aku seorang pekerja. Putaran kehidupan aku dah nampak macam perfect. Walaupun sebenarnya tak ada apa yang nak di banggakan. Aku lagi suka kehidupan lama aku. Kewangan aku,aku tentukan. Masa aku,aku tentukan.

Jauh dalam sudut hati aku,aku simpan niat yang dalam. Aku mahu kehidupan lama. Aku mahu membalas dendam kegagalan aku. Aku mahu buktikan, aku bukanlah LOSER.

Berbalik kepada kehidupan aku sekarang, walaupun aku bekerja, aku masih merasakan kebebasan. Cuma cengkaman kewangan saja yang agak memeritkan. Syukur, aku di temukan dengan kawan-kawan yang pemurah.

Sekarang, sudah lebih sebulan aku di sini. Banyak pekara yang aku belajar. Tapi, kebanyakannya tak mempunyai nilai komersial.

No comments: