Petang tadi selepas sembahyang jumaat, aku beristerirehat(berehat bersama isteri orang...a.k.a mak aku...kah kah kah) di hentian bas alor gajah menanti sebuah permis di buka.
dalam saat penantian itu,sebuah gerai apam balik telah berjaya mengetuk pintu perut(ingat hati je ke ada pintu??) untuk membeli beliau.dengan harga rm 1.30 aku berupaya memperoleh sebungkus apam balik.
apam balik memang sedap di makan time panas-panas.kalau dah sejuk,kucing pun tak selera.setelah berjaya mendapatkan apam tersebut,aku begegas ke kereta aku untuk menghayati kesedapan apam balik tersebut.
dengan suasana panas terik di campur pula kepanasan apam balik,aku pelahan-lahan memasukkan sepotong apam balik ke mulutku. terasa gula,tepong,kekacang dan sedikit jagung. itu la apam balik.
tapi,apa kena mengena apam balik dengan MU?apam balik bukan lah makanan kegemaran pemain MU. aku pula bukanlah peminat MU. dimanakah kaitan MU dengan apam balik? Jawapannya,terjawap di bungkusan apam balik.
apam balik tersebut di bungkus oleh 2 material yang berbeza. 1 boleh di kitar semula,satu boleh dibuang begitu saja tanpa memikirkan nasib anak cucu cicit di masa depan. aku tetarik dengan material yang boleh dikitar semula tersebut. kertas surat kabar keluaran berita hairan amat memikat hatiku.
"itu malam burnley". kata-kata SAF memikat hatiku. setakat artikel ini ditulis,hanya BURNLEY saja yang mampu mencuri 3 mata dari MU.Apam balik dalam mulutku bertambah sedap.satu perisa di tambah.Atas dasar menyahut seruan kerajaan,aku mengamalkan budaya membaca walaupun bahan bacaan aku sudah bekarat,sudah jadi pembalut apam balik.
maka,itu sajalah kaitan apam balik dan MU. tajuk di atas berbahasa icelandic. sila gunakan google translate untuk memahami. hehehe
þá aðeins það tengsl apam aftur og MU. titill á íslenska tungu. Vinsamlegast notaðu google þýða að skilja
Friday, September 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment