Friday, September 25, 2009

apam sögur og MU

Petang tadi selepas sembahyang jumaat, aku beristerirehat(berehat bersama isteri orang...a.k.a mak aku...kah kah kah) di hentian bas alor gajah menanti sebuah permis di buka.

dalam saat penantian itu,sebuah gerai apam balik telah berjaya mengetuk pintu perut(ingat hati je ke ada pintu??) untuk membeli beliau.dengan harga rm 1.30 aku berupaya memperoleh sebungkus apam balik.

apam balik memang sedap di makan time panas-panas.kalau dah sejuk,kucing pun tak selera.setelah berjaya mendapatkan apam tersebut,aku begegas ke kereta aku untuk menghayati kesedapan apam balik tersebut.

dengan suasana panas terik di campur pula kepanasan apam balik,aku pelahan-lahan memasukkan sepotong apam balik ke mulutku. terasa gula,tepong,kekacang dan sedikit jagung. itu la apam balik.

tapi,apa kena mengena apam balik dengan MU?apam balik bukan lah makanan kegemaran pemain MU. aku pula bukanlah peminat MU. dimanakah kaitan MU dengan apam balik? Jawapannya,terjawap di bungkusan apam balik.

apam balik tersebut di bungkus oleh 2 material yang berbeza. 1 boleh di kitar semula,satu boleh dibuang begitu saja tanpa memikirkan nasib anak cucu cicit di masa depan. aku tetarik dengan material yang boleh dikitar semula tersebut. kertas surat kabar keluaran berita hairan amat memikat hatiku.

"itu malam burnley". kata-kata SAF memikat hatiku. setakat artikel ini ditulis,hanya BURNLEY saja yang mampu mencuri 3 mata dari MU.Apam balik dalam mulutku bertambah sedap.satu perisa di tambah.Atas dasar menyahut seruan kerajaan,aku mengamalkan budaya membaca walaupun bahan bacaan aku sudah bekarat,sudah jadi pembalut apam balik.

maka,itu sajalah kaitan apam balik dan MU. tajuk di atas berbahasa icelandic. sila gunakan google translate untuk memahami. hehehe

þá aðeins það tengsl apam aftur og MU. titill á íslenska tungu. Vinsamlegast notaðu google þýða að skilja

Thursday, September 24, 2009

halten über

Penantian berakhir. tanggal 09/09/09 terus menjadi lipatan dalam sejarah hidupku. malam sebelumnya,aku mendapat sms. temujanji ku pada pukul 1.30 petang. tepat jam 1.15petang aku dah berada di lokasi yang di tetapkan.selepas solat zohor,aku menenangkan diri. setelah bertemu makcik di kuanter,aku dipahamkan aku harus menunggu di dewan kecil yang mempunyai penghawa dingin.setelah mendapatkn nombor giliran,aku bergegas ke tapak peristiwa.syukur,aku berjaya menempuh halangan pertama dengan jayanya. halangan kedua kelihatan sukar kerana penguji ku wanita.kata orang,wanita tegas,dan nyata wanita di sisiku itu memang kelihatan tegas.salam pun tak di jawap. Namun aku tak endahkan,aku jalankn tangunjawap aku dengan penuh berhati-hati.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

perghh!!cam sial.berliku betul perjalanan aku nak mengambil lesen keta.bukan aku tak tau.bukan aku kecut.tapi banyak sangat halangan.dari halangan kewangan,halangan masa,halangan sistem jpj yang sengal.macam-macam hal.tapi syukur,skang aku dah ada 1 lesen L,1 lesen P,dan 1 lesen FAKE.hahahah..beribu-riban habih...apa apa pun aku besyukur.

halten über = penantian berakhir

Hat Zeichen von Michael Ballack 2




Close Up!

Hat Zeichen von Michael Ballack


Salam Lebaran.. Dah lama blog nie sepi tanpa pengisian..pemalasnyer bloger!hehe

seperti yang dijanji kan..ini la topi yang aku perkatakan kepada meyour,bagai kata di kota,nah nie la gambar bukti topi ini.Aku dapat topi ini bukan lah dr tangan ballack sendiri.tapi via mychels fan club yang berpusat di Modesto hartamas. topi nie di datang gi khas dr stamford bridge,di tanda tangani oleh pemain no 13 chelsea dan diperolehi percuma.ya,percuma.sebab aku berjaya menjawap soalan cepumas. Apa-apa pan ini lah barang paling beharga bagi aku.

p/s:laptop tue sendiri punya la...tapi wallpaper tuh hadiah dr seseorang... i am big chelsea fan after all

Monday, September 07, 2009

Bercuti

Bercuti selama 3 hari di rumah amat menyenang kan. Walaupun ada kerehan tenaga,tapi aku rasa enjoy. Tidur aku tak di ganggu,itu yang utama. Berbeza betul time aku jadi adik-adik. Ada saja kerja nak di buat. Sekarang aku hanya menggunakan suara saja nak mengarah adik-adik aku. Best betul jadi abang-abang yer.

Hari nie aku akan balik semula ke Bentong. Perjalanan aku jangka kan akan mengambil masa yang agak lama. Aku bercadang mahu gunakan jalan alternatif. Tak de tol.hehe

Dari melaka,aku akan melalui pekan tampin hingga ke Kuala Pilah. Disana, pejalanan aku akan di teruskan ke bahau,Simpang pelangai dan seterusnya Karak. Kalo da sampai karak,pasti terbit senyumam sebab lagi 20km akan sampai ke Bentong.

Aku harap tiada la sekatan-sekatan yang tidak menyenangkan dalam perjalanan balik ini...harapnya..

Sunday, August 23, 2009

puasa

selamat menyambut ramadhan al-mubarak.....bkn murtabak aa..hehehe

jangan lupa sahur...kalo tak sahr pun,jangan jadikan alasan tak nak puasa.

Tuesday, July 28, 2009

penantian

dah lama x update....aku masih menanti.....demmmm

Thursday, June 25, 2009

2 ENTRY...

Selasa

Damm!! Aku kene lagi….wa kene beb!

---------------------------------------------------------------

Balik dari Raub, aku menumbuk-numbuk stereng kereta sambil mulut penuh makian…huh!!



Rabu

Pagi-pagi lagi aku dah ke Kuala Lumpur. Aku ada misi penting, sampai awal,lega sikit. GH mana penah sepi. Karang mau 2-3 jam aku sangkut kat sana.

“wad ortamologi kat mana?” Tanya aku sambil mata meliar tengok sing paper bertulis “Saringan H1N1” di serata tempat.

“nie kat atas bukit sana,kat wad kecemasan” jawap brader berbaju serba biru dan bertopeng mulut. Mulut dia berbau barangkali.haha

Dari wad kecemasan,aku bertanya lagi. Dekat café, kene naik tangga. Wad tue kat area-area situ la. Akhirnya sampai jugak aku destinasi yang aku cari.

Bila sampai di kuanter,aku hulurkan sehelai kertas. Lepas brader tue tgk, dia suruh aku pergi ambil surat rujukan. Aku akur. Aku turun. Aku ambil nombor giliran. Aku tunggu,aku ambik surat rujukan. Dengan hati berbunga,aku pergi semula ke wad terebut.

“ni kita set appoiment jumaat nie yer. Datang pukul 8 pagi. Paling lewat 10 pagi.”

Hati aku terbakar. Sial. Lahabau. Hamlau. Kamlau. Apal tadi tak cakap awal-awal? Apsal payah sangat? Aku bukan nak mintak kene laser kat mata pun. Aku nk wat checking mata aja. *^&%^&%@&^%@* %^&%$$#%#* *&*^&^#.

Puas aku maki. Tapi hati aku sakit. Dah la pokai. Dia igt kl-bentong dekat hapa. Huh!!

Monday, June 22, 2009

Kejuruteraan Gampang







Lepas solat magrib aku layan lagu cina yang aku copy dari cd kawan aku. Bila aku pasang telibisen, aku bedepan kekecewaan kerana mendapat siaran yang sangat tidak jelas. Betitik tolak dari itu lah aku memulakan operasi Kejuruteran Gampang.

Setelah di belek-belek,aku dapati arial aku mengalami keputusan wayar. Setelah menjalakan pembedahan yang serupa orang x de pendidikan, hasil nya agak memuaskan hati.

Wayar astro aku sambung dengan wayar bumi aku sambung dengan wayar asal arial aku. Dan hasilnya? Sunguh mengharukan.. hahaha.. aku Berjaya melihat kangaroo jack. Apa cite? Hahahaha

pamit...

Broery Marantika – Pamit (Selamat Tinggal)

ijinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu

memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani

reff: selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
hanya pesanku
jangan lupa kirimkan kabarmu

bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita

sayang, walau kebersamaan kita hanya sesaat
namun kau tetap bagian dari jiwaku
kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
semoga kelak kita dapat bersatu lagi

repeat reff